Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 lelaki dibawa ke hospital selepas kemalangan di Balestier Road

May 28, 2024 | 7:26 PM
Seorang pemandu teksi berusia 54 tahun, dan seorang pemandu kereta, 35 tahun, yang dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.
Seorang pemandu teksi berusia 54 tahun, dan seorang pemandu kereta, 35 tahun, yang dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Tan Tock Seng. - Foto SHIN MIN

Dua lelaki dibawa ke hospital susulan kemalangan melibatkan sebuah teksi dan tiga kereta di Balestier Road pada 28 Mei.

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenainahas itu pada 9.10 pagi.

Kenderaan tersebut sedang menghala ke Lavender Street ketika kejadian berlaku.

Secara berasingan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kemalangan itu berlaku berdekatan persimpangan Balestier Road dan Martaban Road.

Seorang pemandu teksi, 54 tahun, dan seorang pemandu kereta, 35 tahun, yang dalam keadaan sedar, dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Satu foto yang dihantar kepada akhbar Shin Min Daily News menunjukkan sebuah kereta sedan berwarna hitam merempuh bahagian pemandu teksi berwarna coklat yang berada di tengah jalan raya yang mempunyai tiga lorong.

Sebuah kereta berwarna putih kelihatan di belakang kedua-dua kenderaan.

Dua kakitangan perubatan kelihatan membantu pemandu sedan hitam itu, manakala dua lelaki berbaju merah dan biru tua berdiri di sebelahnya.

Sekurang-kurangnya satu ambulans dapat dilihat di tempat kejadian.

Sebahagian daripada pembahagi jalan juga rosak.

Siasatan polis masih dijalankan, lapor The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg