Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2,000 mangsa kes tipu tiket konsert hilang $1 juta antara Jan-Mei

Jun 1, 2024 | 5:55 PM
Kebanyakan kes penipuan tiket konsert di Singapura melibatkan tiket konsert ‘Taylor Swift’s Eras Tour’.
Kebanyakan kes penipuan tiket konsert di Singapura melibatkan tiket konsert ‘Taylor Swift’s Eras Tour’. - Foto fail

Sekitar 2,000 mangsa diperdaya dalam kes penipuan tiket konsert di Singapura, antara Januari hingga Mei 2024, dengan sekurang-kurangnya $1 juta ‘hangus’.

Kebanyakan kes ini melibatkan tiket konsert Taylor Swift’s Eras Tour, jelas polis sebagai menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST) mengenai situasi penipuan tiket konsert di Singapura.

Laporan yang diterima polis termasuk daripada mangsa yang ditipu ketika ingin menonton konsert Bruno Mars, Ed Sheeran dan Coldplay pada 2024.

Pihak polis menyatakan mereka bekerja rapat dengan platform media sosial dan e-dagang bagi mengambil butiran iklan tiket konsert palsu dan akaun yang terlibat dalam penipuan ini.

Ruang dagang dalam talian Carousell juga menggantung penjualan tiket konsert Swift pada platformnya antara 23 Februari dengan 9 Mac untuk mengelakkan pengguna daripada diperdaya.

Pada Mac, Ketua Kakitangan Carousell, Cik Tan Su Lin, berkata dalam keghairahan ramai mendapatkan tiket, mereka gagal mengenal pasti tanda-tanda bahawa iklan tersebut merupakan satu penipuan bahkan tidak memeriksa ruang penilaian pembeli lain atau komen mereka jika pihak berkenaan boleh dipercayai.

Penolong Pesuruhjaya Polis, Aileen Yap, juga memberitahu ST pada Mac bahawa laporan yang dibuat kepada polis melibatkan mangsa yang membeli tiket daripada individu yang telah membelinya daripada pihak lain.

Mereka kemudian mendapati tiket itu palsu apabila mereka tidak dapat memasuki Stadium Negara, lokasi di mana konsert itu diadakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg