Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terima tawaran yang tidak masuk akal? Hindarkanlah

DENGAN KERJASAMA PASUKAN POLIS SINGAPURA (SPF)
Jun 2, 2024 | 5:30 AM
Amalkan sikap berwaspada dan usah terpedaya dengan pelaburan skim cepat kaya.
Amalkan sikap berwaspada dan usah terpedaya dengan pelaburan skim cepat kaya. - Foto ISTOCKPHOTO

Mesej tentang tawaran pelaburan cepat kaya telah membanjiri aplikasi pesanan tanpa henti.

Jurutera perisian, Encik Norman Lim, diberitahu bakal menerima 20 peratus pulangan dalam masa sebulan sahaja – pada risiko yang rendah atau tiada langsung.

Beliau juga akan menerima komisen lumayan apabila merujuk kepada rakannya yang lain tentang pelaburan ini.

Tetapi bagi Encik Lim, mesej yang tidak diminta ini adalah sesuatu yang tidak benar.

Hampir dua kali seminggu, pemuda berusia 31 tahun itu telah dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp atau Telegram baru yang mempromosikan “peluang pelaburan”.

“Jika ia sangat menguntungkan, mengapa mereka mahu berkongsi rahsia itu dengan orang lain?” kata pelabur berpengalaman itu, yang telah terlibat dalam pasaran kewangan sejak beliau berumur 18 tahun.

Tanda-tanda amaran penipuan pelaburan lain, yang disertakan oleh program pendidikan kewangan negara MoneySense, termasuk: Taktik tekanan seperti tawaran terhad, menerima hadiah atau rebat dalam masa yang tertentu; dan rekod prestasi rekaan seperti pengalaman bertahun-tahun, pelbagai anugerah atau keuntungan pelaburan yang besar.

Encik Lim wajar berasa ragu-ragu. Sebagai seorang lulusan bidang ekonomi, beliau mengikuti beberapa prinsip utama semasa mengendalikan pasaran kewangan.

Sebagai contoh, Encik Lim sangat yakin dalam melabur secara konsisten dan bukannya cuba “menewaskan pelaburan dalam pasaran”.

“Saya tidak akan melabur dalam skim cepat kaya, kerana ia bertentangan dengan apa yang telah saya fahami, cara pelaburan berfungsi.”

Beliau melabur sehingga 20 peratus daripada gajinya setiap bulan dengan matlamat mahu bersara pada usia 50-an tahun. Semua pelaburan beliau dikendalikan oleh broker bank. Portfolio utama Encik Lim adalah: Amanah Pelaburan Hartanah Singapura (Reit), yang beliau anggap sebagai pelaburan “berisiko yang agak rendah”.

Sentiasa berwaspada agar kekal selamat

Tetapi bagi sesetengah orang, penipuan bagi pelaburan sebegini, tidak jelas.

Mengapa ramai orang menjadi mangsa? “Penipu menggunakan gabungan teknik pengaruh sosial yang merangsang kelemahan manusia dalam komunikasi mereka, untuk memperdaya si mangsa,” kata Encik Jeffrey Chin, timbalan pengarah Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, Jabatan Operasi, Pasukan Polis Singapura (SPF).

Pada 2023, penipuan pelaburan disenaraikan antara lima jenis penipuan teratas dengan 4,030 kes yang dilaporkan, kata polis. Secara purata, setiap mangsa kerugian kira-kira $50,700.

Tiga kaedah hubungan utama bagi penipuan pelaburan ialah:

* Menjadi kawan, dengan si penipu pertamanya menghubungi mangsa melalui media sosial dan membina hubungan sebelum memperkenalkan “peluang pelaburan” palsu;

* Iklan dalam talian, dengan mangsa menemui “peluang pelaburan” palsu melalui iklan media sosial; dan

* Di platform pesanan dengan mangsa diperkenalkan kepada “peluang pelaburan” palsu selepas dimasukkan ke dalam kumpulan sembang.

Bagaimanakah pelabur boleh melindungi diri mereka? Jurucakap Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menggalakkan pelabur menyemak adakah entiti tersebut dikawal oleh MAS.

Maklumat sedemikian boleh didapati di Direktori Institusi Kewangan MAS (eservices.mas.gov.sg/fid), Daftar Perwakilan (eservices.mas.gov.sg/rr) dan Senarai Makluman Pelabur (mas.gov.sg/investor-alert-list).

“Berurusan dengan entiti yang tidak dikawal bermakna kehilangan perlindungan yang ditawarkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh MAS,” tambah jurucakap itu.

Jika sesuatu skim cepat kaya itu mencurigakan, besar kemungkinan ia adalah satu penipuan.
Jika sesuatu skim cepat kaya itu mencurigakan, besar kemungkinan ia adalah satu penipuan. - Adaptasi Grafik Berita Minggu
Terus berwaspada ketika menerima undangan daripada kumpulan sembang dalam talian yang tidak anda kenali.
Terus berwaspada ketika menerima undangan daripada kumpulan sembang dalam talian yang tidak anda kenali. - Adaptasi Grafik Berita Minggu
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg