Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

230 laluan automatik tambahan bakal dipasang di pusat pemeriksaan S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

230 laluan automatik tambahan bakal dipasang di pusat pemeriksaan S’pura

Feb 13, 2024 | 04:35 PM



Singapura bakal memasang sebanyak 230 laluan automatik tambahan di pusat pemeriksaan sempadannya pada 2024 bagi menampung peningkatan jumlah pelancong ke negara ini.

Ini di samping 160 laluan automatik yang telah dipasang pada 2023, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 13 Februari dalam satu laporan statistik tahunannya.

Langkah itu diambil setelah Singapura menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah pelancong pada 2023, dengan hampir 193 juta memasuki negara ini menerusi pusat pemeriksaan udara, darat dan laut. 

Ini merupakan peningkatan sebanyak 84 peratus berbanding 2022, dengan seramai 105 juta pelancong melepasi pusat pemeriksaan Singapura. 

Jumlah keseluruhan yang dicatat pada 2023, bagaimanapun masih rendah berbanding sebelum Covid-19, dengan lebih 217 juta pelancong dibenarkan masuk pada 2019.

Namun ICA menarik perhatian bahawa jumlah pelancong yang menggunakan pusat pemeriksaan darat ketika cuti sekolah dan cuti umum telah menjangkau tahap prapandemik sejak sempadan dibuka pada 2022.

Ia menambah bahawa aliran trafik yang melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas menyaksikan hampir 13.6 juta pengunjung melepasi pusat pemeriksaan itu, dengan purata sekitar 440,000 sehari. 

“Pengalaman pengunjung tidak terjejas dan secara am, ia sebenarnya bertambah baik, termasuk dari segi masa pelepasan, disebabkan oleh transformasi berterusan ICA bagi pelepasan sempadan melalui penggunaan lebih banyak laluan automatik selain membenarkan lebih ramai pengunjung menggunakan laluan itu,” kata ICA. 

Laluan automatik adalah sebahagian daripada Konsep Pelepasan Baru ICA untuk menyediakan pelepasan imigresen yang lancar bagi semua pengunjung dengan menggunakan teknologi pengimbasan biometrik berbilang modal. 

Buat masa ini, laluan automatik hanya boleh digunakan oleh penduduk Singapura dan pemegang pasport dari 60 bidang kuasa.

Bagi melancarkan lagi pelepasan imigresen, ICA akan memperkenalkan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (ABCS) ‘generasi seterusnya’ pada separuh kedua 2024.

Pihak berkuasa itu menyatakan ia menyasarkan untuk membenarkan semua pengunjung asing, tanpa mengira kerakyatan, untuk melepasi imigresen menggunakan laluan automatik Singapura tanpa pendaftaran.

ICA menambah bahawa laluan automatik baru itu akan menggantikan laluan sedia ada dan kaunter manual secara berperingkat di pusat pemeriksaan dan akan membolehkan penduduk Singapura dan pengunjung yang meninggalkan negara ini dengan pelepasan tanpa kontak.

Dengan peningkatan jumlah pengunjung, ICA turut mendedahkan bahawa ia juga menyaksikan lebih banyak kes menyeludup produk terlarang, dokumen perjalanan palsu serta kesalahan imigresen.

Kes penyeludupan produk terlarang melonjak 23 peratus daripada 35,000 pada 2022 kepada 43,000 pada 2023.

Sementara itu, kes dokumen perjalanan palsu dan diubah meningkat tiga kali ganda daripada 21 pada 2022 kepada 65 pada 2023.

Jumlah pesalah imigresen yang ditangkap meningkat 42 peratus, daripada 414 pada 2022 kepada 587 pada 2023, menurut ICA. 

Untuk mempertingkatkan lagi pelepasan imigresen bagi para pengunjung sambil mengukuhkan keselamatan sempadan, ICA berkata Pusat Pemeriksaan Woodlands akan dibangunkan semula dalam beberapa fasa dalam tempoh 10-15 tahun akan datang. 

“ICA akan terus meneroka penyelesaian inovatif dan membina keupayaan penyampaian perkhidmatan yang lebih mendalam bagi meningkatkan operasi kami dan memberi pengalaman orang awam yang lebih baik,” tambah ICA. 

SEKILAS STATISTIK TAHUNAN ICA 2023

- Seramai 192.8 juta pengunjung melepasi pusat pemeriksaan S’pura, berbanding 105 juta pada 2022.

- Kemerosotan bilangan kes berbilang identiti dikesan di pusat pemeriksaan pada 2023 dengan 437 kes berbanding 441 pada 2022.

-Bilangan pengunjung dikesan dengan dokumen perjalanan yang dipalsukan/diubah meningkat daripada 21 pada 2022 kepada 65 pada 2023.

-Terdapat peningkatan 23 peratus dalam percubaan penyeludupan produk terlarang yang berjaya digagalkan oleh ICA di pusat pemeriksaan pada 2023, daripada sekitar 35,000 pada 2022, naik kepada sekitar 43,000.


- Jumlah bilangan IO yang ditangkap oleh ICA meningkat lebih daripada 40 peratus pada 2023. Jumlah keseluruhan IO yang ditangkap pada 2023 ialah 587, berbanding 414 pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >