Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kerja perluas Pusat Pemeriksaan Woodlands mula 2025

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja perluas Pusat Pemeriksaan Woodlands mula 2025

Pusat Pemeriksaan Woodlands yang baru dijangka
dapat kurangi purata masa pelepasan daripada 60 minit pada masa ini kepada 15 minit semasa waktu sibuk
Jan 29, 2024 | 05:47 PM



Kerja memperluas Pusat Pemeriksaan Woodlands kepada lima kali ganda saiznya akan bermula pada 2025.

Fasa pertama perluasan itu terdiri daripada sambungan di Pusat Bandar Woodlands Lama dan Eksprewe Bukit Timah, yang disasarkan siap secara berperingkat mulai 2028.

Pusat Pemeriksaan Woodlands Lama kemudian akan dirobohkan dan disepadukan dengan sambungan itu, yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2032, menurut satu kenyataan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 29 Januari.

ICA berkata, ia merancang membangunkan semula Pusat Pemeriksaan Woodlands dalam beberapa fasa sepanjang tempoh 10-15 tahun akan datang, termasuk melalui tambakan tanah yang akan dilakukan oleh JTC Corporation, agensi pemerintah yang menyelia kawasan perindustrian Singapura.

Kerja perluasan itu tidak akan mengganggu operasi harian di pusat pemeriksaan, tambah ICA.

Menjawab soalan The Straits Times, jurucakap ICA berkata kawasan yang dirancang untuk pusat pemeriksaan yang dibangunkan semula itu termasuk kemudahan sedia ada, adalah sekitar 95 hektar, atau lebih sedikit seganda berbanding saiz Marina South.

Kerja-kerja penambakan secara berperingkat dijadualkan bermula pada suku ketiga 2024 dan dianggarkan siap menjelang 2029.


Usaha pembangunan semula dilakukan apabila jumlah pengembara di Pusat Pemeriksaan Woodlands kembali ke tahap pra-Covid iaitu sekitar 300,000 pengembara setiap hari.

Jumlah pengguna yang melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands, satu daripada dua pusat pemeriksaan darat di Singapura, dijangka mencecah 400,000 sehari menjelang 2050.

Dalam pada itu, Pusat Pemeriksaan Woodlands yang baru dijangka dapat mengurangkan purata masa pelepasan daripada 60 minit pada masa ini kepada 15 minit semasa waktu sibuk, merentas semua jenis kenderaan, termasuk kenderaan kargo, motosikal dan bas.

ICA berkata ia akan menggabungkan lebih banyak sistem automasi, seperti sistem automatik pelepasan imigresen dalam kereta, dan menyediakan kawasan penampungan untuk kenderaan dalam pusat pemeriksaan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di BKE menuju ke pusat pemeriksaan.

Ia juga merancang menjalankan pemeriksaan keselamatan jauh dari pusat pemeriksaan untuk mengurangkan risiko keselamatan.

Di bawah fasa pertama pembangunan semula, 21 lorong kargo di kedua-dua arah dan 78 lorong kereta di zon ketibaan akan dibina.

Ia akan meningkatkan kapasiti pelepasan kargo sebanyak 30 peratus dan kapasiti pelepasan kereta di zon ketibaan sebanyak 95 peratus, kata ICA.

Lorong kereta di zon ketibaan juga boleh ditukar kepada 156 lorong motosikal, yang membolehkan ICA menguruskan trafik semasa waktu sibuk.

Pada Mei 2022, ICA mengumumkan bahawa sembilan blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Marsiling Crescent/Lane akan diambil alih untuk memberi laluan kepada pembangunan semula.

Pemilik flat ditawarkan pilihan untuk membeli flat baru di bawah Skim Pembangunan Semula En Bloc Terpilih, di Woodlands Street 13.

Penduduk perlu berpindah pada suku kedua 2028, dan flat gantian dijangka dibina menjelang suku keempat 2027.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >