Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

3 acara menarik hujung minggu bersama keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 acara menarik hujung minggu bersama keluarga

Feb 19, 2024 | 04:36 PM



Jadikan masa bersama keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut.

Pertunjukan Udara
Singapura

Jika anak-anak sukakan pesawat, ibu bapa boleh membawa mereka ke pertunjukan udara pada 24 dan 25 Februari apabila ia dibuka kepada orang ramai.

Penganjur Experia menjangkakan lebih 60,000 pengunjung pada hujung minggu itu di Pusat Pameran Changi yang akan mempamerkan pesawat komersial dan tentera terkini.

Tarikan utama ialah persembahan udara yang melibatkan pesawat tentera daripada enam angkatan udara – termasuk Singapura – dan dua syarikat komersial.

Ia akan berlangsung dua kali setiap hari, pada 11.30 pagi dan 2.30 petang.

Tiket bagi Weekend@Airshow berharga $34 untuk orang dewasa dan $17 untuk kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun. Pakej kumpulan berharga $240 terdiri daripada empat tiket dan label tempat letak kereta.


Atas sebab keselamatan, penganjur tidak menggalakkan bayi dan kanak-kanak untuk hadir.

Layari laman web, singaporeairshow.com untuk butiran lanjut.

‘Festival Hujung Minggu Manila Galleon’

Pengunjung ke festival ini berpeluang belajar membuat topeng tradisional Mexico dengan menggunakan bulu.

Sertai juga adat sambutan ulang tahun di Mexico iaitu dengan menghancurkan ‘pinata’ – pepatung haiwan berisi gula-gula dan kudapan.

Orang ramai juga berpeluang mencuba pencuci mulut Filipina yang dipanggil ‘halo-halo’ dan menyaksikan tarian rakyat Filipina, ‘tinikling’.







Muzium Tamadun Asia (ACM) menyediakan kegiatan mesra keluarga pada 24 dan 25 Februari supaya kanak-kanak boleh mempelajari tentang budaya Filipina dan Mexico.

Kebanyakan program ditawarkan secara percuma.

‘Festival Hujung Minggu Manila Galleon’ itu diadakan sempena pameran muzium, Manila Galleon: From Asia To The Americas, yang berlangsung hingga 17 Mac.


Pertunjukan itu berkenaan pertukaran pengaruh budaya dan barangan yang berlangsung selama 250 tahun.

Dari 1565 hingga 1815, kapal perdagangan Sepanyol yang dipanggil ‘Manila galleons’ belayar merentasi Lautan Pasifik antara Manila di Filipina dengan Acapulco di pantai barat Mexico.

Semasa pesta hujung minggu itu, orang ramai berpeluang menikmati potongan harga bagi tiket masuk ke pameran: $10 untuk warga Singapura dan penduduk tetap (harga biasa $12); dan $20 untuk penduduk asing dan pelancong (harga biasa $25).

Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman web, go.gov.sg/letsfiesta.

Temasya ‘Prosperity Run’

Hari ke-15 Tahun Baru Cina jatuh pada 24 Februari. Ia petanda berakhirnya musim perayaan.

Hab Sukan Singapura mahu mengakhiri perayaan itu dengan penuh semangat.

Ia akan mengadakan acara larian, Prosperity Run sejauh lima kilometer pada 8 pagi.


Semua tempat telah ditempah, tetapi mulai 9 pagi, orang ramai boleh menghadiri pesta, menonton persembahan tarian singa dan naga serta bertemu dengan maskot, Dewa Kekayaan atau God of Fortune.


Penyanyi Kelvin Tan, yang memenangi peraduan realiti, Project Superstar 2005, pula akan menghiburkan orang ramai pada 10 pagi.


Di reruai kraf tangan, kanak-kanak boleh membuat boneka naga dan mencuba menghasilkan seni khat tanglung.

Orang ramai boleh mengambil gambar di hiasan bertemakan Tahun Naga yang terletak di sekitar Pusat Sukan Air, Arena Park dan Kallang Wave Mall.







Dari 7 hingga 10.30 malam, pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan tarian naga yang diterangi pancaran cahaya LED dan menikmati dendangan penyanyi yang membuat persembahan pada acara muzik, Neon Dragon Beats.


Maklumat lanjut di laman web, str.sg/jxom.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >