Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 hakim antarabangsa dilantik Mahkamah Agung S’pura mulai 2025

Dec 10, 2024 | 6:17 PM
Presiden Tharman Shanmugaratnam telah melantik tiga hakim antarabangsa (dari kiri) Hakim Anthony James Besanko, Hakim Anthony John Meagher dan Hakim Mary Howarth Arden, pada 10 Disember.
Presiden Tharman Shanmugaratnam telah melantik tiga hakim antarabangsa (dari kiri) Hakim Anthony James Besanko, Hakim Anthony John Meagher dan Hakim Mary Howarth Arden, pada 10 Disember. - Foto PMO

Tiga hakim antarabangsa telah dilantik ke Mahkamah Agung Singapura untuk tempoh dua tahun, dari 5 Januari 2025 hingga 4 Januari 2027.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 10 Disember menyatakan bahawa Presiden Tharman Shanmugaratnam telah melantik Hakim Mary Howarth Arden dari Britain; Hakim Anthony James Besanko dan Hakim Anthony John Meagher dari Australia, lapor The Straits Times.

Hakim Arden mempelajari undang-undang di Girton College, Cambridge, dan memperoleh ijazah sarjana di Sekolah Undang-undang Harvard pada 1970.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menjadi pengerusi Suruhanjaya Undang-Undang, memegang peranan di Mahkamah Rayuan dan hubungan kehakiman antarabangsa.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Hakim Britain di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg, Perancis.

Bidang kepakaran Hakim Arden merangkumi undang-undang sivil, perlembagaan, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Hakim Besanko pula mempelajari undang-undang di Universiti Adelaide dan memperoleh ijazah kelas pertama pada 1977. 

Beliau berkhidmat sebagai peguam bela di Australia Selatan dari 1984 hingga 2001, sebelum dilantik sebagai Peguam Diraja pada 1994.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Mahkamah Agung Pulau Norfolk dari 2015 hingga 2024.

Bidang kepakaran beliau merangkumi undang-undang komersial dan syarikat, ekuiti, undang-undang awam dan pentadbiran, harta intelek, kemuflisan, pembubaran syarikat, serta rayuan.

Hakim Meagher merupakan lulusan dari Universiti New South Wales pada 1976 dengan ijazah dalam bidang perdagangan dan undang-undang.

Hakim McDougall telah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dari 2011 hingga persaraannya pada 2024.

Bidang kepakaran beliau merangkumi undang-undang sivil, jenayah, dan komersial, termasuk insurans, perkapalan, perbankan, dan undang-undang persaingan.

Dengan pelantikan ini, Mahkamah Agung akan mempunyai 35 hakim (termasuk Hakim Besar, tiga hakim Mahkamah Rayuan, empat hakim Bahagian Rayuan, 18 hakim Mahkamah Tinggi, empat pesuruhjaya kehakiman dan lima hakim kanan) serta 24 hakim antarabangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg