Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hakim Mahkamah Agung dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara mulai Jan 2025

Nov 5, 2024 | 11:34 AM
Hakim Mahkamah Agung Goh Yihan, antara lain, merupakan ahli lembaga Kolej Kehakiman Singapura, serta pengerusi bersama jawatankuasa penyelidikan dan penerbitan undang-undang di Akademi Undang-undang Singapura.
Hakim Mahkamah Agung Goh Yihan, antara lain, merupakan ahli lembaga Kolej Kehakiman Singapura, serta pengerusi bersama jawatankuasa penyelidikan dan penerbitan undang-undang di Akademi Undang-undang Singapura. - Foto PMO

Hakim Mahkamah Agung Goh Yihan dilantik sebagai Timbalan Peguam Negara untuk tempoh dua tahun mulai Januari 2025.

Beliau akan meletak jawatan sebagai hakim pada 1 Januari 2025, sebelum memulakan pelantikan barunya.

Hakim Goh sebelum ini mengajar di Sekolah Undang-Undang Yong Pung How di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) sejak 2014 dan kemudian berkhidmat sebagai dekan dari 2017 hingga 2022.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai kerani undang-undang kehakiman dan penolong pendaftar di Mahkamah Agung, lapor The Straits Times.

Hakim Goh menerima ijazah sarjana muda undang-undang kelas pertamanya dari Universiti Nasional Singapura (NUS), diterima masuk ke Badan Peguam Singapura pada 2011 dan dilantik sebagai peguam kanan pada 2021.

Kes yang dikendalikan beliau tertumpu pada bidang kewangan, sekuriti, perbankan, kes komersial kompleks dan teknologi maklumat (IT).

Antara lain, beliau juga merupakan ahli lembaga Kolej Kehakiman Singapura, serta pengerusi bersama jawatankuasa penyelidikan dan penerbitan undang-undang di Akademi Undang-undang Singapura.

Encik Goh akan menyertai pasukan yang terdiri daripada Timbalan Peguam Negara, iaitu Encik Lionel Yee, Encik Tai Wei Shyong dan Encik Ang Cheng Hock.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg