Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 lelaki ditahan elak cukai rokok, GST hampir $600,000

May 28, 2024 | 5:17 PM
Pegawai kastam temui 4,200 karton rokok yang tidak dibayar cukai dalam dua peti kayu di sebuah bangunan perindustrian di Woodlands.
Pegawai kastam temui 4,200 karton rokok yang tidak dibayar cukai dalam dua peti kayu di sebuah bangunan perindustrian di Woodlands. - Foto KASTAM SINGAPURA

Tiga lelaki telah ditahan dan sejumlah 5,450 karton rokok tidak dibayar cukai telah dirampas semasa operasi Kastam di Woodlands Link.

Jumlah cukai dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielakkan berjumlah $590,626, kata Kastam Singapura pada 28 Mei.

Dalam operasi pada 23 Mei, pegawai menjalankan pemeriksaan terhadap tiga lelaki itu dan sebuah van.

Mereka menemui 1,250 karton rokok yang tidak dibayar cukai di ruang belakang van. Mereka turut merampas wang tunai $26,404, disyaki hasil jualan rokok, dalam beg galas milik salah seorang lelaki itu.

Tiga warga India berusia 20, 38 dan 39 tahun itu ditahan.

Selepas menemu bual lelaki itu dan menemui kunci pada salah seorang daripada mereka, pegawai menjalankan pemeriksaan lagi ke atas sebuah lori yang diletakkan di sebuah bangunan perindustrian di Woodlands.

Mereka menjumpai 4,200 karton rokok tidak dibayar cukai dalam dua peti kayu di ruang kargo kenderaan itu.

Di bawah Akta Kastam dan Akta GST, membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai, adalah kesalahan yang serius.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielakkan, berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun, atau kededuanya sekali.

Kastam Singapura menggalakkan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan cukai atau GST, supaya memberikan maklumat melalui laman sesawangnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg