Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ICA rampas 13,000 karton rokok elak cukai, rampasan terbesar 2023

Jan 22, 2024 | 7:25 PM
DISEMBUNYIKAN DALAM LORI: Rokok tidak dibayar cukai yang cuba diseludup ke Singapura itu disembunyikan dengan pita selofan dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia.
DISEMBUNYIKAN DALAM LORI: Rokok tidak dibayar cukai yang cuba diseludup ke Singapura itu disembunyikan dengan pita selofan dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia. - Foto ICA

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menggagalkan satu percubaan menyeludup 13,000 karton rokok tidak dibayar cukai ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas – rampasan terbesar seumpama itu pada 2023.

ICA mendedahkan dalam satu catatan Facebook pada 22 Januari bahawa rokok seludup itu disembunyikan dengan pita selofan dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia.

Pegawai ICA menemui rokok itu pada 21 Disember 2023 selepas lori tersebut diarah menjalani pemeriksaan dipertingkat, lapor The Straits Times.

Kes itu telah dirujuk kepada Kastam Singapura untuk siasatan lanjut, kata ICA.

Pada 18 Januari 2023, pihak berkuasa merampas 12,708 karton rokok tidak dibayar cukai di Pusat Pemeriksaan Tuas, iaitu rampasan terbesar pada 2023 ketika itu.

Pada November 2023, ICA menggagalkan tiga percubaan dalam satu hari untuk menyeludup rokok yang tidak dibayar cukai ke Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Membeli, menjual, membawa, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barang yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pesalah boleh dikenakan hukuman denda hingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielak, penjara hingga enam tahun, atau kedua-dua hukuman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg