Tiga pekerja dikejarkan ke hospital selepas menjadi mangsa kilat yang menyambar berhampiran tempat kerja mereka pada 28 Disember.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) diberitahu tentang kejadian yang berlaku di tapak pembinaan Bina Ikut Tempahan (BTO) Bartley Beacon itu pada tengah hari.
HDB mengatakan ketiga-tiga pekerja itu sedang bekerja di bumbung blok apabila hujan mula turun.
“Semasa pekerja tersebut sedang mengemas dan berpindah ke tempat perlindungan mengikut prosedur keselamatan semasa hujan apabila kilat melanda berhampiran kawasan tempat mereka berada,” kata HDB.
Pekerja itu dilaporkan berasa pening.
Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu The Straits Times (ST) bahawa mereka menerima panggilan kecemasan di Mount Vernon Road pada 28 Disember.
Dua pekerja dibawa ke Hospital Tan Tok Seng and seorang lagi dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).
HDB berkata ketiga-tiga “sedang pulih dengan baik dan dijangka dibenarkan pulang dari hospital tidak lama lagi”.
Bersama-sama dengan kontraktor, ia “akan terus memantau keadaan mereka untuk memastikan kesejahteraan para pekerja itu”.
Dalam perkembangan terkini pada 15 Disember, Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) menyatakan hujan lebat diramalkan pada kebanyakan hari daripada separuh kedua bulan itu.
Di laman webnya, MSS mengatakan ribut petir berlaku sepanjang tahun di Singapura.
Secara purata, pulau ini mengalami kira-kira 167 kejadian ribut petir dan 176 kejadian kilat setahun.
Apabila dihubungi, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata kejadian ini sedang disiasat.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg