Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Siasatan kes wanita S’pura terjatuh dari tebing masih diteruskan: Polis NY

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan kes wanita S’pura terjatuh dari tebing masih diteruskan: Polis NY

Dec 30, 2023 | 03:39 PM



Siasatan masih dijalankan menyusuli insiden seorang wanita Singapura yang tergelincir dan terjatuh dari tebing di Taman Simpanan Minnewaska di New York, Amerika Syarikat pada 22 Disember, kata Polis Negeri New York (NYSP).

Menurut NYSP, siasatan awal mendedahkan Allahyarhamha Nur Aisyah Md Akbar, 39 tahun, dan suaminya, Encik Abdul Rauf Mohd Said, 41 tahun, sedang mendaki di Taman Simpanan Minnewaska di New York, Amerika Syarikat ketika mereka berhenti untuk merakam gambar di tepi tebing, sebelum berlakunya kemalangan maut. 

Arwah bersama Encik Abdul Rauf, kededuanya warga Singapura, berada di Beacon Hill Trail pada ketika itu sebelum arwah tergelincir dan terjatuh dari tebing sehingga meragut nyawanya, menurut NYSP.

Kejadian itu berlaku pada 22 Disember. 

Memberikan respons kepada Berita Minggu (BM) menerusi satu e-mel pada 29 Disember, seorang jurucakap NYSP, berkata:


“Kira-kira 1.06 petang pada 22 Disember 2023, anggota Polis Negeri Ellenville telah dikerahkan ke Taman Simpanan Minnewaska di Bandar Rochester menyusuli laporan mengenai pendaki yang cedera.”

Beliau juga berkata bahawa siasatan awal mendedahkan arwah dan Encik Abdul Rauf sedang mendaki Beacon Hill Trail ketika mereka berhenti untuk mengambil gambar di tepi tebing.

“(Aisyah) Binte Md Akbar tergelincir dan jatuh dari tebing, kira-kira 70 kaki (21.3 meter). (Abdul Rauf) Bin Mohd Said menghubungi 911,” kongsi jurucakap itu.

“Aviasi NYSP telah diminta untuk mengangkat mangsa ke tempat selamat. Agensi respons lain yang membantu dalam usaha menyelamat termasuk Polis Taman Negeri New York, kakitangan operasi taman, penjaga hutan Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Negeri New York, dan pelbagai kakitangan bomba serta juruteknik perubatan kecemasan.

“(Nur Aisyah) Binte Md Akbar telah dibawa ke Hospital Ellenville Regional di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaannya. Insiden ini sedang disiasat,” ujarnya lagi.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 25 Disember, Encik Abdul Rauf menyatakan bahawa tiada unsur khianat yang “jelas” berlaku dan Jabatan Polis New York (NYPD) telah menyifatkan kematian isterinya sebagai satu kemalangan.

Pada 27 Disember, jenazah arwah telah selamat dibawa pulang ke Singapura dan dikebumikan di Pusara Aman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >