Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 warga China ditangkap seludup rokok dalam mainan kanak-kanak

Oct 31, 2024 | 2:30 PM
Kastam Singapura menemui tujuh bungkusan rokok yang disembunyikan dalam anak patung lembut kanak-kanak yang diisytiharkan sebagai ‘barang perhiasan’ semasa operasi dua hari dari 22 hingga 23 Oktober 2024.
Kastam Singapura menemui tujuh bungkusan rokok yang disembunyikan dalam anak patung lembut kanak-kanak yang diisytiharkan sebagai ‘barang perhiasan’ semasa operasi dua hari dari 22 hingga 23 Oktober 2024. - Foto FACEBOOK KASTAM SINGAPURA

Tiga warga China berusia antara 21 dan 28 tahun ditangkap kerana menyeludup rokok tidak dibayar cukai dalam anak patung lembut kanak-kanak.

Dalam satu hantaran Facebook pada 30 Oktober, Kastam Singapura berkata tiga lelaki pemegang pas pelajar itu ditangkap dalam satu operasi dua hari dari 22 hingga 23 Oktober 2024.

Bertindak selepas menerima rujukan daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), pegawai Kastam Singapura menemui tujuh bungkusan berisi rokok yang disembunyikan dalam anak patung lembut kanak-kanak yang diisytiharkan sebagai ‘barang perhiasan’.

Sebanyak 115 peket rokok dan 19 batang rokok tidak dibayar cukai dirampas, dengan duti dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak berjumlah sekitar $1,279, kata Kastam Singapura.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditangkap di Tao Ching Road dengan 70 peket rokok tidak dibayar cukai dalam empat bungkusan.

Dia didakwa menerima bungkusan itu bagi pihak rakannya dari luar negara, yang mengarahkannya menghantar bungkusan itu kepada pembeli di Singapura atau mengatur pengambilan bagi pembeli. Dia dihadapkan ke mahkamah pada 25 Oktober 2024.

Lelaki berusia 22 tahun dan 28 tahun itu masing-masing didenda $3,000 dan $2,500 kerana mengimport baki tiga bungkusan itu.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau mengelak duti atau GST boleh melaporkannya kepada Kastam Singapura di https://go.gov.sg/reportcustomsoffence

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg