Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

30,000 kunjungi ‘Salam Fest’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

30,000 kunjungi ‘Salam Fest’

Nov 27, 2023 | 02:01 PM



Sekitar 30,000 pengunjung membanjiri dewan 5B Singapore Expo pada Jumaat hingga Ahad bagi acara Salam Fest yang dianjurkan syarikat Deen Dunya buat julung-julung kalinya.


Ia acara besar-besaran pertama anjuran syarikat itu, yang dikenali dengan produk pengguna Muslim seperti dandanan dan telekung serta kelengkapan haji dan umrah.

Disokong MakBesar Pte Ltd, Salam Fest mempunyai 170 gerai menjual jenama dari Singapura dan luar negara.


Pemilik Deen Dunya, Cik Aida Suhaimi, berkata beliau berasa gembira mengenai respons yang menggalakkan daripada pengunjung.

“Alhamdulillah, ia sudah tentu melebihi jangkaan kami kerana ini adalah acara berskala besar pertama yang kami anjurkan. Kami gembira mendengar bagaimana vendor turut berpuas hati mengenai sambutan yang diterima,” kongsi Cik Aida. 

Benefisiari acara itu, Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis) menyifatkan acara tersebut sebagai satu peluang baik untuk meningkatkan kesedaran tentang program yang dijalankan persatuan itu. 

“Menerusi acara ini, kami dapat mengumpul derma dan mendekati golongan muda yang datang. Ia platform yang baik dan insya-Allah kami akan bekerjasama dengan Salam Fest pada masa akan datang,” ujar Cik Anisah Rashid, eksekutif reka bentuk dan pemasaran di Pertapis.


Antara barangan yang dijual Pertapis untuk mengumpul derma ialah payung, kad Nets Flashpay dan sejadah daripada Deen Dunya. 

Bagi Syed Ali Shahabudin, pemilik Camel Caravan Co, yang menjual barangan rumah berunsur Timur Tengah, tema keislaman acara itu yang menarik minatnya menyertainya.

Beliau berasa ia merupakan peluang yang baik untuk berjumpa pelanggan baru dan memahami permintaan pelanggan kerana perniagaannya beroperasi dalam talian. 

“Respons yang saya dapat sangat positif dan memberangsangkan. Saya berharap acara ini dapat diteruskan setiap tahun bagi masyarakat Melayu/Islam,” kata Syed Ali. 







Salah seorang pengunjung ke Salam Fest, Cik Syairah Azman, merasakan acara itu merupakan sesuatu yang berbeza dari bazar-bazar lain yang pernah diadakan.


“Acara ini sangat unik dan ia beri peluang kepada saya untuk mendekati ilmu agama sambil berkunjung ke bazar. Produk yang dijual juga berbeza daripada apa yang selalu ada di bazar.

“Saya sangat teruja dapat menonton persembahan kumpulan nasyid seperti Raihan dan mendengar ceramah motivasi daripada para penceramah dan asatizah,” kata beliau.

Acara tersebut turut melihat kehadiran asatizah tempatan seperti Ustazah Liyana Musfirah, Ustazah Shameem Sultanah serta persembahan daripada selebriti Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Awie.

Syarikat Deen Dunya ingin meneruskan usaha tersebut untuk bekerjasama dengan individu dan perniagaan demi membawa satu acara dengan konsep berunsur keislaman.

Mereka berharap pengunjung telah dapat menimba ilmu bermanfaat dalam satu suasana yang santai bersama keluarga. – Laporan tambahan NABILAH JUMLI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >