Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

309 suspek dalam kes tipu libat $10j disiasat

Jul 6, 2024 | 11:30 AM
cinta Internet
Suspek dipercayai terlibat dalam cinta Internet, dagang elektronik atau e-dagang, penyamaran sebagai rakan, pelaburan dan penipuan pekerjaan. - Foto fail

Seramai 309 suspek yang terlibat dalam lebih 1,300 kes penipuan melibatkan kerugian lebih $10 juta, kini sedang disiasat polis.

Menurut laporan The Straits Times, sejumlah 215 lelaki dan 94 wanita berusia antara 15 dengan 78 tahun sedang disiasat atas dakwaan terlibat dalam dalam kes penipuan atau sebagai keldai wang, kata polis dalam satu kenyataan pada 6 Julai.

Kesemua suspek telah ditangkap dalam operasi dua minggu antara 21 Jun dengan 4 Julai oleh pegawai dari Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh divisyen polis.

Mereka dipercayai terlibat dalam cinta Internet, dagang elektronik atau e-dagang, penyamaran sebagai rakan, pelaburan dan penipuan pekerjaan.

Suspek disiasat kerana menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Jika sabit kesalahan menipu, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Jika sabit kesalahan bagi pengubahan wang haram, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan menawarkan khidmat melibatkan wang tanpa lesen, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $125,000, atau kedua-duanya sekali.

Terdapat 46,563 kes penipuan dilaporkan pada 2023, jumlah tertinggi sejak polis mula mengesan kes sedemikian pada 2016.

Ini adalah 46.8 peratus lebih tinggi daripada 31,728 kes pada 2022.

Mangsa penipuan di Singapura kerugian $651.8 juta pada 2023.

Menurut polis, mereka memandang serius terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes penipuan dan penjenayah akan berhadapan hukuman mengikut undang-undang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg