Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

34 kakitangan SPH Media diberhentikan, sebahagian usaha penstrukturan semula jabatan Teknologi

Nov 4, 2024 | 9:15 AM
SPH Media Trust
SPH Media Trust - Foto FAIL

34 kakitangan SPH Media Trust telah diberhentikan kerja, sebahagian penstrukturan semula jabatan Teknologi di syarikat awam berhad yang dijamin (CLG) itu, yang bertujuan menjadikannya terus berdaya saing dalam landskap media yang berubah.

Jumlah itu adalah sekitar 10 peratus kakitangan di jabatan Teknologi.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap SPH Media, berkata keputusan itu diambil hanya selepas ia dipertimbangkan secara teliti dan menyusuli usaha mencari pelbagai jalan lain.

“SPH Media komited memberi sokongan kepada kakitangan yang terjejas dan untuk menyediakan mereka dengan pakej pemberhentian yang menyeluruh dan mematuhi garis panduan perikatan tiga pihak, latihan kerjaya, bantuan mendapat kerja dan sokongan kaunseling untuk membantu mempermudah peralihan ini,” ujar jurucakap SPH Media.

SPH Media Trust memiliki dan menerbitkan suratkhabar utama di Singapura seperti BH, The Straits Times, Lianhe Zhaobao dan Tamil Murasu.

Ia dibentuk pada 2021 dengan pendanaan pemerintah selepas Singapore Press Holdings disusun semula.

Baca laporan lanjut di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg