Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

350 hadiri acara Mendaki persiap belia bagi laluan posmenengah

Feb 22, 2025 | 8:05 PM
Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad (dua dari kanan); bersama Cik Zuraidah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki (tiga dari kanan), berinteraksi dengan belia di acara, ‘Pathways to Success: Shaping YOUth’s Future’, di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, pada 22 Februari.
Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad (dua dari kanan); bersama Cik Zuraidah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki (tiga dari kanan), berinteraksi dengan belia di acara, ‘Pathways to Success: Shaping YOUth’s Future’, di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, pada 22 Februari. - Foto YAYASAN MENDAKI

Sekitar 350 belia dan ibu bapa berkumpul di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura bagi acara Pathways to Success: Shaping YOUth’s Future, pada 22 Februari untuk meneroka peluang masa depan pendidikan dan profesional mereka.

Anjuran Yayasan Mendaki, acara tersebut bertujuan mempersiap belia bagi laluan posmenengah sambil memberikan ibu bapa panduan berguna tentang cara menyokong anak-anak dalam pendidikan dan kerjaya mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Dr Noraslinda Zuber, berkata:

“Kami berharap dengan acara ini, kami dapat memperkasa masyarakat untuk melakukan perancangan awal, mengenal pasti potensi mereka dan juga meningkatkan mobiliti sosial melalui pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.”

Acara tersebut juga menyediakan platform bagi belia untuk berinteraksi dengan karyawan daripada pelbagai sektor melalui Rangkaian Karyawan Mendaki.

Rangkaian tersebut menawarkan sesi Penerokaan Kerjaya dan Pengalaman yang memberi peluang kepada belia untuk berjumpa dan berinteraksi bersama karyawan daripada pelbagai bidang serta mendapatkan pandangan langsung mengenai perjalanan kerjaya yang mereka minati.

Antara karyawan yang hadir dalam segmen itu ialah pengarah sumber manusia dalam sektor teknologi, Encik Khairilanwar Baharudin, 38 tahun, yang berkata acara itu menawarkan faedah bagi anak muda.

“Saya rasa acara seperti hari ini memberi banyak faedah kepada belia kita kerana mereka boleh berinteraksi dengan karyawan daripada pelbagai sektor dan membuat pilihan lebih bijak,” kata beliau yang juga merupakan peneraju dalam rangkaian profesional Mendaki untuk sumber manusia.

Pelajar Sekolah Menengah New Town, Nur Myiesha Zulkarnain, 16 tahun, berkata acara itu memberinya peluang meneroka pelbagai laluan kerjaya.

“Saya berpeluang berjumpa karyawan daripada sektor yang boleh saya ceburi setelah tamat sekolah menengah.”

Turut menghadiri acara itu ialah Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki.

Dalam ucapannya, Encik Zaqy, berkata: “Apabila ekonomi Singapura berkembang, begitu juga prospek yang ditawarkannya.

“Mendaki tetap berdedikasi untuk membantu belia kita berkembang maju dengan menyediakan pelbagai peluang untuk mencapai matlamat dan aspirasi masa depan mereka.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg