Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

$3.6j diikrar buat Wakaf Masyarakat S’pura sejak 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$3.6j diikrar buat Wakaf Masyarakat S’pura sejak 2023

Muis: Wakaf dibuka untuk sumbangan awam pada 2024
Mar 06, 2024 | 05:50 PM



Ikrar derma berjumlah lebih $3.6 juta diterima sejak 2023 daripada individu dan pelaburan masjid bagi menyokong usaha Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi ehwal masyarakat Islam, di bawah Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), di Parlimen pada 6 Mac.

“Walaupun budaya bergotong-royong amat sebati dengan masyarakat, kita perlu lebih teratur dan terarah dalam melipatgandakan usaha menggalak masyarakat mempertingkat sumbangan pada jangka panjang.

“Saya gembira dengan sambutan masyarakat setakat ini, dan menggalak lebih ramai menyumbang kepada WMS,” kata Encik Masagos.

Diumumkan pada Jun 2020, WMS bertujuan membiayai keperluan masa depan masyarakat dan institusi Islam Singapura dengan cara yang mampan.

Pindaan ke atas Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) yang diluluskan Parlimen pada Februari 2024 membolehkan WMS ini ditubuhkan.


Berbanding daripada wakaf tradisional, WMS membolehkan individu menyumbang secara sukarela dalam bentuk wang tunai, harta atau pencalonan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Ia akan mula menerima sumbangan awam pada 2024, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Di bawah WMS, sumbangan akan dikumpulkan dan digunakan oleh Muis bagi tujuan kolektif seperti pembaharuan pajakan dan penyelenggaraan masjid, pembangunan asatizah, dan program kemasyarakatan lain.

“Saya harap sumbangan kepada WMS akan juga memupuk budaya menyumbang yang lebih mendalam dalam masyarakat kita,” kata Encik Masagos.

Menjawab soalan Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang rancangan membina korpus WMS, atau dana permulaan WMS, Encik Masagos berkata 14 masjid di daerah barat telah melabur lebih $2.7 juta di bawah Pelan Pelaburan Wakaf Masjid.

Menyusuli itu, beliau berkata Muis akan meluaskan daya usaha tersebut kepada semua masjid di daerah lain agar dapat menghasilkan dana lebih baik untuk manfaat masyarakat

Di bawah Pelan Pelaburan Wakaf Masjid, masjid digalak melaburkan rizab mereka dalam produk pelaburan yang mematuhi syariah untuk menghasilkan pulangan lebih baik.

Dalam ucapannya, Encik Masagos menyokong usaha Muis, Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra) dalam membina masyarakat yang gemilang sejak rangkaian M3 ditubuhkan pada 2018.


Melalui pendekatan lebih bernuansa budaya yang melengkapkan usaha negara itu, beliau berkata lebih banyak program telah disediakan untuk memberi kesan kepada masyarakat.

Ini juga merangkumi usaha 850 sukarelawan yang melibatkan diri dalam M3@Bandar untuk membantu menangani isu-isu yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam di Singapura.


“Contohnya, menerusi program ‘Bersamamu’, lebih 26,000 pasangan telah mendapat sokongan daripada kadi dan naib kadi untuk membina rumah tangga yang lebih kukuh.

“Jumlah penagih dadah Melayu baru yang ditahan telah berkurang daripada 513 pada 2013, kepada 351 pada 2023.

“Kadar residivisme dua tahun bagi pesalah Melayu juga telah bertambah baik sejak sedekad lalu, daripada 34.7 peratus bagi kohort pembebasan 2011 kepada 26 peratus bagi kohort keluaran 2021,” kata Encik Masagos.

Walaupun masyarakat sudah dapat melihat prestasi kemajuan dalam beberapa aspek, beliau berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mengemas kini program.

Menjawab soalan Encik Mohd Fahmi Aliman (GRC Marine Parade) tentang usaha mempertingkat kemahiran kadi, naib kadi dan asatizah wanita, Encik Masagos berkata lebih 90 peratus daripada mereka telah menjalani latihan untuk membimbing pasangan dengan lebih baik dalam membuat persediaan bagi memperkukuh kewangan rumah tangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >