Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3,700 kambing korban telah dihantar ke masjid

Aug 21, 2018 | 5:16 PM
MENJELANG AIDILADHA: Relawan Masjid Hj Yusoff menyiakan segala keperluan dan ruang bagi memudahkan proses penyembelihan kambing menjelang Hari Raya Aidiladha tahun lalu.
MENJELANG AIDILADHA: Relawan Masjid Hj Yusoff menyiakan segala keperluan dan ruang bagi memudahkan proses penyembelihan kambing menjelang Hari Raya Aidiladha tahun lalu. - Foto FAIL BERITA HARIAN

KESEMUA 3,700 kambing biri-biri yang sudah ditempah bagi ibadah korban tahun ini telah tiba di Singapura menjelang Hari Raya Aidiladha esok (22 Ogos), kata Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS).

Kambing biri-biri itu tiba dari Australia menerusi dua penerbangan semalam.

Menerusi kenyataannya hari ini, JKMS berkata kesemua kambing itu telah dihantar ke 26 pusat korban yang telah diluluskan.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut merakam penghargaannya bagi kerjasama rapat antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), JKMS, Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) dan relawan yang terlibat bagi memastikan ibadah korban dapat dijalankan dengan lancar di Singapura.

Pengerusi JKMS, Encik Sharifuddin Mohammed Ali, berkata JKMS dan AVA juga telah menjalankan latihan bersama bagi relawan ibadah korban dari segi pelbagai aspek penjagaan dan pengendalian haiwan.

"Sesi latihan itu amat penting bagi memastikan semua pusat korban mematuhi tahap piawaian tinggi yang sama dan operasi korban berjalan lancar," katanya.

JKMS turut mengingatkan bahawa individu yang menyertai ibadah korban itu dan keluarga mereka sahaja dibenarkan menyaksikan penyembelihan kambing semasa giliran mereka.

Mereka juga tidak boleh mengambil gambar atau video di kawasan ibadah korban.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg