Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3j warga S’pura dewasa terima $100-$600 tunai mulai 5 Dis

Nov 7, 2025 | 11:37 AM
pakej jaminan, kos sara hidup, singapura, wang tunai
Bayaran tunai tersebut adalah sebahagian daripada Pakej Jaminan yang dipertingkatkan untuk membantu dalam mengurangkan perbelanjaan isi rumah, serta memberikan sokongan lebih untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. - Foto ST

Sekitar tiga juta warga Singapura yang berusia 21 tahun ke atas pada 2026 akan menerima wang tunai antara $100 dan $600 mulai 5 Disember.

Bayaran tunai tersebut adalah sebahagian daripada Pakej Jaminan yang dipertingkatkan, yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, di mana jumlah bayaran akan bergantung kepada pendapatan boleh dinilai dan bilangan hartanah yang dimiliki, lapor The Straits Times (ST).

Dalam satu kenyataan pada 7 November, Kementerian Kewangan berkata bayaran tunai Pakej Jaminan “membantu dalam mengurangkan perbelanjaan isi rumah, serta memberikan sokongan lebih untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana”.

Semasa Belanjawan 2023, Pakej Jaminan diumum akan dipertingkatkan dengan tambahan sebanyak $3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan yang akan dibayar sebanyak $9.6 bilion.

Peningkatan telah dibuat dan kini ia menyediakan lebih daripada $10 bilion dalam bentuk pembayaran tunai, tambah nilai MediSave dan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC); rebat tambahan U-Save dan caj perkhidmatan; serta pemulihan yuran penyelenggaraan bagi isi rumah.

Mereka yang menghubungkan Kad Pengenalan Pendaftaran Kebangsaan (NRIC) mereka kepada PayNow sebelum 23 November, akan menerima bayaran itu terlebih dahulu, pada 5 Disember, kata kementerian itu.

Untuk mengetahui kelayakan anda bagi pembayaran tersebut, sila layari govbenefits.gov.sg untuk maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg