Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 ditangkap elak GST, cukai rokok lebih $400,000 

Jul 16, 2024 | 7:50 PM
Operasi di Gul Circle pada 11 Julai membawa kepada penangkapan tiga warga Singapura dan seorang warga Malaysia. Rokok yang tidak dibayar duti didapati dialihkan dari lori ini ke van di belakangnya.
Operasi di Gul Circle pada 11 Julai membawa kepada penangkapan tiga warga Singapura dan seorang warga Malaysia. Rokok yang tidak dibayar duti didapati dialihkan dari lori ini ke van di belakangnya. - Foto KASTAM SINGAPURA

Empat lelaki, berumur antara 33 dengan 49 tahun, ditahan pada 11 Julai kerana mengelak lebih $400,000 dalam duti dan cukai rokok.

Dalam satu kenyataan pada 16, Julai Kastam Singapura berkata lelaki-lelaki itu, tiga daripada mereka warga Singapura dan seorang warga Malaysia, ditahan di Gul Circle pada 11 Julai, lapor The Straits Times.

Pada 11 Julai, pegawai kastam melihat dua van diletak di belakang sebuah lori di Gul Circle dan empat lelaki memindahkan kotak dari lori itu ke van di belakangnya.

Para pegawai menemui 480 karton rokok yang tidak dibayar cukai di dalam van itu dan 3,488 karton lagi di dalam lori tepi jalan.

Secara keseluruhan, 3,968 karton rokok tidak dibayar cukai telah dirampas, bersama lori dan dua van tersebut.

Jumlah cukai duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan berjumlah kira-kira $430,019.

Siasatan sedang dijalankan.

Kastam Singapura mengingatkan bahawa membeli, menjual, membawa, menghantar, menyimpan, menyimpan dalam stor, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielakkan, penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan tersebut juga boleh disita.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau mengelak duti atau GST boleh melaporkannya kepada Kastam Singapura di https://go.gov.sg/reportcustomsoffence.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg