Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga diberkas elak cukai rokok lebih $800,000

Jul 2, 2024 | 2:40 PM
Beberapa karton rokok yang tidak dibayar cukai disembunyikan dalam kotak mengandungi gulungan plastik. Ia ditemui dalam sebuah gudang di Pandan Avenue.
Beberapa karton rokok yang tidak dibayar cukai disembunyikan dalam kotak mengandungi gulungan plastik. Ia ditemui dalam sebuah gudang di Pandan Avenue. - Foto KASTAM SINGAPURA

Kastam Singapura telah membongkar satu operasi melibatkan pembungkusan dan penghantaran rokok yang tidak dibayar cukai yang disorok dalam bungkusan mengandungi gulungan plastik, di dua lokasi perindustrian di sini.

Nilai keseluruhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielak mencecah $812,788, menurut satu kenyataan Kastam Singapura.

Dalam kenyataan pada 2 Julai itu, Kastam Singapura berkata sejumlah 7,500 karton rokok haram telah dirampas dan tiga lelaki warga Singapura berusia 26 hingga 43 tahun diberkas selepas pihak berkuasa menjalankan operasi penguatkuasaan pada 25 dan 27 Jun.

Kegiatan haram itu terbongkar apabila Kastam Singapura membuat pemeriksaan ke atas dua lelaki yang mencurigakan dekat sebuah unit perindustrian di Depot Lane pada 25 Jun.

Kastam Singapura berkata, para pegawainya telah menemui kunci daripada salah seorang lelaki tersebut dan menggunakannya untuk membuka pintu belakang unit perindustrian itu.

Mereka kemudian menemui seorang lagi lelaki berserta 3,750 karton rokok haram, serta beberapa bungkusan gulungan plastik di dalam unit berkenaan.

Ketiga-tiga lelaki warga Singapura berusia 26, 27 dan 43 tahun itu telah ditangkap, kata Kastam Singapura.

“Siasatan mendapati bahawa salah seorang daripada mereka didakwa telah ditugaskan untuk mengumpul dan menghantar rokok yang tidak dibayar cukai itu ke unit perindustrian tersebut dan memantau kehadiran pihak berkuasa,” jelas kenyataan itu.

Lagi dua lelaki pula, didakwa ditugaskan membungkus semula rokok-rokok tersebut dalam unit terbabit.

Susulan daripada operasi itu, Kastam Singapura melaksanakan operasi pada 27 Jun di sebuah gudang di Pandan Avenue.

Kastam Singapura berkata ia menemui lagi 3,750 karton rokok haram yang disembunyikan di dalam lima palet dalam kalangan bungkusan gulungan plastik.

Prosiding mahkamah sedang berjalan bagi dua lelaki sementara baki suspek masih disiasat.

Kegiatan membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki dan mengendali barang yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda nilai cukai dan GST yang dielak atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg