Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 pelajar Madrasah Alsagoff johan sedunia debat bahasa Arab di Qatar

Sep 4, 2023 | 9:38 PM
JUARA PERTANDINGAN: (Dari kiri) Sofiyyah Mohd Amirullah, 16 tahun; Sharifah Muneerah Sheik Nawaz, 18 tahun; Nur Wanie Azmi, 18 tahun; dan Nurwada’ah Mohamed, 17 tahun; pelajar dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, dinobat juara Kejohanan Debat Sekolah Antarabangsa Qatar 2023.
JUARA PERTANDINGAN: (Dari kiri) Sofiyyah Mohd Amirullah, 16 tahun; Sharifah Muneerah Sheik Nawaz, 18 tahun; Nur Wanie Azmi, 18 tahun; dan Nurwada’ah Mohamed, 17 tahun; pelajar dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, dinobat juara Kejohanan Debat Sekolah Antarabangsa Qatar 2023. - Foto SRI WAHYU AHMAD

Satu pasukan pelajar anak tempatan dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dinamakan juara dunia satu pertandingan bahas dalam bahasa Arab di Qatar pada Isnin.

Pasukan dibentuk empat anggota itu meraih kedudukan pertama, mendahului Indonesia dalam kategori asing, di Kejohanan Debat Sekolah Antarabangsa Qatar 2023, yang disertai sebanyak 40 pasukan dari 40 negara.

Mereka yang menganggotai pasukan dari madrasah itu termasuk Sofiyyah Mohd Amirullah, 16 tahun, Nurwada’ah Mohamed, 17 tahun, Nur Wanie Azmi dan Sharifah Muneerah Sheik Nawaz, kedua-dua 18 tahun.

Sofiyyah juga mendapat tempat ketiga dalam anugerah Lima Pembahas Terbaik dalam pertandingan anjuran Debat Qatar oleh Yayasan Qatar itu.

Keempat-empat pelajar tersebut menerima pingat emas dan dihadiahkan sebuah piala.

BERLPAS: Pasukan Singapura Kejohanan Debat Sekolah Antarabangsa Qatar 2023 (tengah, berbaju hitam) bergambar dengan jurulatih dari Munazarah SG di Lapangan Terbang Changi.
BERLPAS: Pasukan Singapura Kejohanan Debat Sekolah Antarabangsa Qatar 2023 (tengah, berbaju hitam) bergambar dengan jurulatih dari Munazarah SG di Lapangan Terbang Changi. - Foto SRI WAHYU AHMAD

Kejohanan Debat Sekolah Antarabangsa – yang kini berada dalam edisi keenamnya – adalah acara bahas dalam bahasa Arab terbesar sedunia di peringkat sekolah dan dianjur setiap dua tahun.

Ia bersilih ganti dengan Kejohanan Debat Universiti Antarabangsa – peraduan yang serupa, namun bagi peserta di peringkat universiti.

Dalam pertandingan tersebut, peserta perlu berbincang, meneroka dan berbahas tentang pandangan mereka berkenaan topik hangat supaya dapat mencapai gelaran johan sedunia.

Menyelaraskan pertandingan ini bagi pasukan Singapura itu ialah Ustazah Sri Wahyu Ahmad, penolong ketua Munazarah SG, sebuah pertubuhan tidak meraih keuntungan yang menganjur dan menyelaras pertandingan bahas dalam bahasa Arab.

Pertubuhan itu juga telah melatih pasukan tersebut, diterajui Ketua Munazarah SG, Ustaz Muhammad Redha Mohamed Elyas.

Ustazah Sri Wahyu berkata pasukan pelajar Madrasah Alsagoff itu dipilih atas kepetahan mereka dalam bahasa Arab, serta komitmen dan semangat mereka untuk bertanding.

Kumpulan empat belia itu menyertai pusingan terakhir dan adalah di antara 16 pasukan terbaik pada 2 hingga 4 September, selepas melepasi lima pusingan kelayakan antara Kazakhstan, India, Qatar, Belgium dan Afrika Selatan Mei lalu.

Pasukan yang melangkah ke peringkat suku terakhir dalam kategori bahasa Arab sebagai bahasa asing (AFL), perlu melalui sebanyak tiga pusingan. Ia melibatkan 16 pasukan dan pasukan yang meraih markah tertinggi dipilih sebagai finalis.

Singapura telah bertanding dengan Qatar, Indonesia dan Kazakhstan sebelum muncul di kedudukan dua pasukan tertinggi bersama Indonesia.

Dalam pusingan terakhir itu, Singapura menewaskan Indonesia dalam perbahasan topik “Dewan ini akan menghalang syarikat media sosial daripada menyekat akaun ahli politik”, di mana pasukan dari Singapura adalah pencadang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg