SPH Logo mobile
Langgan|

Pegawai polis fasih pelbagai bahasa tarik perhatian warganet

Pegawai polis fasih pelbagai bahasa tarik perhatian warganet

Aug 29, 2023 | 8:10 PM

Pegawai polis fasih pelbagai bahasa tarik perhatian warganet

FASIH DALAM PELBAGAI BAHASA: Pegawai Penyiasatan (IO) yang dikenali sebagai ‘Rafi’ bertutur dalam tujuh bahasa dalam video yang tular dan dimuat naik di profil Tiktok polis.
FASIH DALAM PELBAGAI BAHASA: Pegawai Penyiasatan (IO) yang dikenali sebagai ‘Rafi’ bertutur dalam tujuh bahasa dalam video yang tular dan dimuat naik di profil Tiktok polis. - Foto SINGAPOREPOLICEFORCE/TIKTOK

Bukan satu, bukan dua, tetapi lebih daripada lima bahasa.

Demikian kebolehan seorang Pegawai Penyiasatan (IO) yang dipaparkan dalam video Tiktok yang dimuat naik di profil Pasukan Polis Singapura (SPF).

Video yang kini mempunyai lebih 750,000 tontonan itu menjadi viral setelah IO tersebut bertutur dalam tujuh bahasa dalam satu adegan temu bual.

Difahamkan IO tersebut memang petah dalam beberapa bahasa.

Video tersebut bermula dengan IO tersebut memperkenalkan dirinya sebagai IO Rafi dalam bahasa Inggeris kepada individu yang ditemu duga.

Walaupun tidak menerima sebarang respons, beliau menukar bahasanya kepada bahasa Mandarin.

Sungguhpun demikian, masih tiada respons dan beliau kemudian bertutur dalam bahasa Melayu.

Beliau kemudian mengajukan soalan dalam dialek Hokkien, Kantonis sebelum bertutur bahasa Thailand.

Individu yang ditemu bual akhirnya memecahkan kebuntuan dengan bertutur dalam bahasa Tamil - bahasa yang juga boleh ditutur oleh IO tersebut.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg