Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

4 segmen pekerja Melayu jadi tumpuan M³ bagi tingkat peluang kerjaya: Fahmi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 segmen pekerja Melayu jadi tumpuan M³ bagi tingkat peluang kerjaya: Fahmi

Feb 27, 2024 | 06:22 PM



Sokongan bagi segmen khusus pekerja Melayu, termasuk pekerja platform, kaum wanita, pekerja matang dan belia, akan diteruskan melalui siri kegiatan di bawah bidang tumpuan empat M Kuasa Tiga (M³) mengenai pekerjaan untuk menggalak mereka mempertingkat kemahiran dan mempunyai akses kepada peluang kerja dalam sektor pertumbuhan, kata mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Bahkan, beberapa usaha telah pun membuahkan hasil yang baik.

Memberi contoh, Encik Fahmi (GRC Marine Parade) berkata hampir 20 peratus daripada lebih 5,000 pekerja Melayu yang menyertai pameran kerjaya dan Karnival Pekerjaan dan Kemahiran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bersama Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Mendaki baru-baru ini telah menerima bantuan, termasuk bimbingan kerjaya, pemadanan kerja dan peluang peningkatan kemahiran.

Mendaki pula telah merujuk lebih 140 peserta program Wanita di Tempat Kerja (W@W) ke Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) untuk mendapatkan bantuan pekerjaan pada 2023.

Sementara itu, sempena usaha penyepaduan semula oleh Mendaki dan rakan kongsi pekerjaan lain, hampir 60 peserta telah berjaya memperoleh pekerjaan, sebahagian besarnya dalam sektor seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, kejuruteraan, teknologi maklumat (IT) dan kewangan.







Encik Fahmi, yang merupakan Pengarah Divisyen Operasi dan Mobilisasi NTUC, dalam bahas Belanjawan di Parlimen pada 27 Februari berkata:

“Dalam rangka kerja M³ Bidang Tumpuan 4, kami akan terus mendekati masyarakat Melayu/Islam untuk merapatkan pekerja dengan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran mereka, meningkatkan keupayaan mereka melalui peningkatan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat, dan mendekati segmen pencari kerja yang berbeza-beza.

“Pada peringkat mikro pula, kami sedang menyasarkan kumpulan tertentu iaitu pekerja platform, kaum wanita, pekerja matang dan para belia melalui pameran kerjaya, bengkel yang dianjurkan dan sesi pendekatan.

“Platform ini bertujuan untuk menggalakkan peluang kerjaya dan latihan, meluaskan lagi pemahaman mereka tentang pekerjaan dan kemahiran yang sering diperlukan, dan untuk mengakses peluang-peluang pekerjaan dalam sektor yang kian berkembang.”

Encik Fahmi menambah bahawa NTUC turut menyediakan saluran bagi peningkatan kemahiran, dengan Hab Pembelajaran NTUC menawarkan program latihan bermutu untuk membantu pekerja berkembang maju dan kekal berdaya tahan dalam ekonomi yang pesat berubah secara digital hari ini dan seterusnya.

Dengan pengumuman langkah sokongan dalam Belanjawan 2024 seperti tokokan Kredit SkillsFuture sebanyak $4,000 untuk rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas, beliau juga menggesa rakyat Singapura agar memanfaatkan sepenuhnya program sedia ada untuk mempertingkat kemahiran dan memperoleh kebolehpasaran yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >