Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tokokan kredit SkillsFuture $4,000; subsidi lanjut untuk ambil lagi diploma

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokokan kredit SkillsFuture $4,000; subsidi lanjut untuk ambil lagi diploma

Feb 16, 2024 | 08:00 PM



Rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas bakal menerima tokokan sebanyak $4,000 ke dalam Kredit SkillsFuture (Pertengahan Kerjaya) bermula Mei. 

Mereka juga akan diberi subsidi bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa bagi meraih satu lagi diploma di politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan institusi kesenian bermula tahun akademik 2025.

Ini merupakan sebahagian Program Peningkatan SkillsFuture yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentang Belanjawan 2024 pada 16 Februari.

Program Peningkatan SkillsFuture ini bertujuan menyokong rakyat Singapura pertengahan kerjaya berusia 40 tahun dan ke atas dalam mengasah semula serta mempertingkatkan kemahiran mereka agar dapat meningkatkan prospek pekerjaan semasa mereka atau beralih ke kerjaya baru.

Tidak seperti $500 yang boleh digunakan bagi kursus pelbagai bidang, jumlah yang ditokok itu hanya dapat dimanfaatkan bagi bidang tertentu.

Encik Wong berkata tokokan kredit ini adalah lebih terperinci. 

Ia hanya dapat digunakan untuk kursus latihan bagi industri pekerjaan terpilih yang mempunyai kebolehpasaran yang baik. 

Ini termasuk diploma sambilan dan sepenuh masa, serta program pascadiploma dan sarjana muda.

“Kami mahu mereka yang mengikuti program ini mendapat jaminan hasil kebolehpasaran yang lebih baik selepas mereka menamatkan latihan mereka,” kata Encik Wong. 

Golongan lebih muda daripada itu akan mendapat tokokan mereka apabila mencecah usia 40 tahun. Kredit sebanyak $4,000 tidak ada tamat tempohnya. 

Di bawah program peningkatan ini, rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas juga berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma pada kadar yang disubsidi.  

Encik Wong berkata langkah ini akan memberi setiap rakyat Singapura peluang menikmati  subsidi pendidikan sekali lagi, meskipun mereka telah lulus dari institusi pengajian tinggi sebelum ini ketika mereka masih muda. 

Sejajar dengan itu, bagi menyokong pekerja setempat yang berada dalam peringkat usia yang sama mempertingkatkan kemahiran mereka, pemerintah juga akan menyediakan elaun latihan buat rakyat Singapura di bawah Elaun Latihan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture.

Elaun latihan bulanan ini akan diberi apabila mereka mendaftar dalam kursus sepenuh masa terpilih mulai 2025, untuk mengimbangi sebahagian kehilangan pendapatan daripada mengambil cuti kerja.

Kursus yang layak diambil termasuk kursus sepenuh masa di bawah Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture serta kursus sepenuh masa yang dibiayai awam di institut pengajian tinggi dan institusi kesenian sehingga peringkat ijazah sarjana muda.

Elaun latihan yang akan diberikan ini bersamaan dengan 50 peratus daripada purata pendapatan individu sepanjang tempoh 12 bulan terkini, dan dihadkan pada $3,000 sebulan.

Setiap individu, boleh menerima sehingga 24 bulan elaun latihan sepanjang hayat mereka.

Walau bagaimanapun, jika seseorang individu tidak mempunyai pekerjaan lebih daripada setahun, elaun latihan ini tidak dapat diberikan. 

Encik Wong berkata pemerintah membuat pelaburan dalam modal insan, namun pembelajaran tidak boleh berhenti apabila seseorang tamat persekolahan formal.

Sejak SkillsFuture diperkenalkan hampir 10 tahun lalu, perbelanjaan pemerintah untuk usaha meneruskan pendidikan dan latihan telah meningkat hampir dua kali ganda kepada $0.9 bilion pada 2023, kata beliau.

Kemajuan yang baik dalam bidang ini telah dicapai sejak sedekad yang lalu, tetapi Encik Wong menegaskan bahawa masih banyak lagi yang boleh dilakukan.

​“Peningkatan kemahiran berterusan sepanjang hayat kini lebih penting berbanding sebelum ini. Jadi kita mesti tegas mewujudkan SkillsFuture sebagai tonggak utama kompak sosial kita,” tambahnya.

Sementara itu, pekerja yang telah tidak bekerja tanpa pilihan seperti mereka yang diberhentikan kerja, juga tidak dikecualikan. Encik Wong berkata golongan ini akan menerima lebih banyak sokongan di bawah skim SkillsFuture.

Sebuah skim sokongan kewangan sementara baru akan menyokong mereka semasa mereka menjalani latihan atau mencari pekerjaan yang lebih sesuai.

Walaupun kehilangan pekerjaan merupakan satu rintangan besar bagi pekerja dan keluarga mereka, Encik Wong berkata mereka yang menjadi penganggur secara tidak sengaja akan berasakan tekanan mendapatkan pekerjaan baru secepat mungkin. 

​“Tetapi pekerjaan baru itu mungkin tidak selalunya sesuai. Sebaik-baiknya, mereka harus mempertimbangkan cara untuk meningkatkan kemahiran mereka, dan mencari pekerjaan yang sesuai dengan bakat dan kemahiran  mereka.

“Namun begitu, pekerja yang diberhentikan kerja mungkin tidak mempunyai masa untuk melatih atau mencari pekerjaan baru, terutamanya apabila mereka sudah berusaha keras untuk memenuhi keperluan hidup. Oleh itu, kami akan melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong kumpulan pekerja ini,” ujar Encik Wong sambil menambah bahawa butiran lanjut akan diberi dalam tempoh terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >