40 anggota jemaah umrah Halijah Travels tidak dapat berangkat dari S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

40 anggota jemaah umrah Halijah Travels tidak dapat berangkat dari S’pura

Terjejas ekoran pembatalan penerbangan Scoot susulan konflik Timur Tengah, perjalanan alternatif sedang diatur
Mar 3, 2026 | 3:58 PM

40 anggota jemaah umrah Halijah Travels tidak dapat berangkat dari S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
anggota jemaah, Makkah, Madinah
Seramai 40 anggota jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah di Makkah dan Madinah gagal berangkat dari Lapangan Terbang Changi pada 3 Mac selepas penerbangan mereka dibatalkan disebabkan oleh pergolakan di Timur Tengah. - Foto fail

Seramai 40 anggota jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah Ramadan di Makkah dan Madinah gagal berangkat dari Lapangan Terbang Changi pada 3 Mac selepas penerbangan mereka dibatalkan disebabkan konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Rombongan jemaah itu telah menempah pakej umrah dengan Halijah Travels Pte Ltd untuk perjalanan ke Arab Saudi, antara 3 dengan 22 Mac, yang merangkumi penginapan serta penerbangan Scoot.

Walau bagaimanapun, penerbangan mereka dibatalkan sejak konflik bermula dan percubaan untuk mendapatkan pengaturan perjalanan alternatif tidak berjaya, kata Halijah Travels.

Bercakap kepada Berita Harian (BH) pada 3 Mac, Pengurus Besar Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, berkata beliau kini terpaksa membatalkan semua tempahan penginapan di Makkah dan Madinah.

Namun, memandangkan hubungan baik syarikatnya dengan hotel-hotel itu, beliau berkata pihak hotel telah bersetuju memegang bayaran deposit untuk tempahan pada tarikh lain.

“Saya telah cuba untuk mendapatkan Saudi Airlines (Saudia) kerana penerbangan tersebut dapat terbang langsung ke Jeddah, tetapi mereka tidak ada ruang kosong untuk rombongan kami.

“Saya tidak mahu penerbangan lain kerana belum pasti mereka terkecuali daripada sekatan udara di kawasan Timur Tengah,” kata Encik Haffidz.

Encik Haffidz telah cuba mendapatkan penerbangan alternatif seperti Saudia dan Malaysia Airlines setelah syarikat penerbangan Scoot membatalkan penerbangan mereka – TR596 (Singapura ke Jeddah) – yang sepatutnya bertolak pada 3 Mac.

Pada 1 Mac, Singapore Airlines (SIA) dan Scoot mengumumkan pembatalan penerbangan menuju ke dan dari Timur Tengah sehingga 7 Mac selepas menilai keadaan geopolitik di kawasan itu.

Sebanyak 26 penerbangan SIA dan Scoot, antara 28 Februari dengan 7 Mac, dibatalkan, susulan gelombang serangan terhadap sasaran di Iran oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Dua penerbangan Scoot – TR596 (Singapura ke Jeddah) dan TR597 (Jeddah ke Singapura) – turut dibatalkan pada 28 Februari, 2, 3, 5 dan 7 Mac.

Sebelum ini, apabila dihubungi pada 1 Mac, Encik Haffidz berkata Scoot telah memaklumkan kepadanya mereka akan memulangkan bayaran penerbangan yang telah ditempah namun ia akan mengambil masa.

Pakej umrah kendalian Halijah Travels itu sepatutnya berlangsung selama 20 hari, dari 3 Mac hingga 22 Mac, dan setiap anggota jemaah telah pun membuat pembayaran antara $6,430 dengan $8,420, bergantung kepada jumlah orang di dalam satu bilik.

Jemaah juga sepatutnya menginap di Makkah Hotel & Towers di Makkah selama enam hari sebelum berangkat ke Hotel Dar Al Eiman Al Haram di Madinah selama 12 hari buat program seterusnya.

Namun, dengan pembatalan itu, Encik Haffidz berkata pihaknya sedang memantau keadaan di Timur Tengah dahulu sebelum membuat keputusan dan mengambil langkah selanjutnya.

“Kami juga sedang memantau penerbangan lain seperti Saudia dan Malaysia Airlines, dan tempat pengaturan alternatif sekiranya kami dapat terbang pada hari lain,” tambah Encik Haffidz.

“Saya telah cuba untuk mendapatkan Saudi Airlines (Saudia) kerana penerbangan tersebut dapat terbang langsung ke Jeddah, tetapi mereka tidak ada ruang kosong untuk rombongan kami.”
Encik Haffidz Abdul Hamid, Pengurus Besar Halijah Travels.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg