5 ditahan dalam operasi CNB, lebih 1,200 kpod dirampas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 ditahan dalam operasi CNB, lebih 1,200 kpod dirampas

Mar 2, 2026 | 7:09 PM

5 ditahan dalam operasi CNB, lebih 1,200 kpod dirampas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pod vape yang dipercayai mengandungi etomidate serta jam tangan mewah bernilai tinggi.
Pod vape yang dipercayai mengandungi etomidate serta jam tangan mewah bernilai tinggi. - Foto CNB

Lima individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah dalam tempoh dua hari pada Februari, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 2 Mac.

Pihak berkuasa merampas beberapa produk vape, termasuk 1,284 pod vape dan sembilan peranti vape yang dipercayai mengandungi etomidate. 

Wang tunai melebihi $240,000, sejumlah kecil mata wang asing, jam tangan mewah bernilai tinggi serta tiga kenderaan turut dirampas, tambah CNB.

Pada malam 25 Februari, seorang lelaki warga Singapura berusia 36 tahun ditahan di Bedok North dan 50 pod vape yang dipercayai mengandungi etomidate dirampas.

“Lelaki itu bertindak agresif dan melawan dengan ganas. Tindakan yang sewajarnya terpaksa diambil untuk menahannya,” kata CNB.

Pada malam sama, seorang lelaki warga Singapura berusia 29 tahun ditahan di persimpangan Sembawang Road dan Mandai Avenue. 

Dia kemudian dibawa ke sebuah unit di kemudahan simpanan kendiri di Woodlands Close, di mana 1,084 pod vape yang dipercayai mengandungi etomidate dirampas.

Kenderaan milik lelaki itu turut disita.

Pada masa sama, seorang lelaki warga Singapura berusia 37 tahun dan seorang wanita warga Singapura berusia 29 tahun ditahan selepas serbuan di sebuah unit kediaman di Miltonia Close.

Beberapa produk vape, termasuk 145 pod vape dan sembilan peranti vape yang dipercayai mengandungi etomidate, serta wang tunai berjumlah $243,451.35, sejumlah kecil mata wang asing dan jam tangan mewah bernilai tinggi, ditemui.

Dua kenderaan milik lelaki tersebut turut dirampas.

Pegawai CNB juga menyerbu sebuah unit kediaman di Woodlands Drive dan menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 19 tahun pada awal pagi 26 Februari.

Lima pod vape yang dipercayai mengandungi etomidate dirampas.

Etomidate disenaraikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah pada September 2025.

Oleh itu, mereka yang mengimport, menjual atau mengedar peranti pengewap yang dicampur etomidate, juga dikenali sebagai Kpod, boleh dikenakan tindakan pendakwaan.

“Siasatan terhadap kegiatan dadah melibatkan suspek yang ditahan masih dijalankan,” kata CNB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg