5 fakta mengenai Sungai Kallang, sungai terpanjang di S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 fakta mengenai Sungai Kallang, sungai terpanjang di S’pura

Feb 27, 2026 | 5:29 PM

5 fakta mengenai Sungai Kallang, sungai terpanjang di S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sungai Kallang, Muhammed Qayyim Daniel Putra Rosli
Pada awal pagi 27 Februari, mayat Muhammed Qayyim Daniel Putra Rosli ditemui di Sungai Kallang berdekatan stesen MRT Kallang. Allahyarham dipercayai tergelincir ke dalam sungai dan lemas ketika memancing bersama rakan-rakannya pada 25 Februari. - Foto ST

Mayat budak tersebut, yang dikenal pasti sebagai Muhammed Qayyim Daniel Putra Rosli, kemudian ditemui pada awal pagi 27 Februari.

Allahyarham Daniel dipercayai lemas semasa memancing bersama beberapa rakan berdekatan Blok 8B Upper Boon Keng Road.

Dia dipercayai tergelincir ke dalam sungai itu semasa cuba melepaskan tali pancing yang terpaut pada jaring.

Allahyarham Daniel kemudian ditemui dalam perairan sungai tersebut berdekatan stesen MRT Kallang.

Berita Harian menghimpunkan beberapa fakta mengenai Sungai Kallang.

  • Sungai terpanjang Singapura

Sungai Kallang merupakan sungai terpanjang di Singapura, mengalir sepanjang kira-kira 10 kilometer dari Kolam Air Lower Peirce hingga ke Lembangan Kallang.

Sungai ini bermula dari kawasan perancangan Kawasan Tadahan Air Central, melalui kawasan perumahan dan pusat pekerjaan yang pelbagai, seperti Bishan dan Toa Payoh, sebelum akhirnya tiba di Kallang.

Dengan air yang bersih dan tebing yang menghijau, Sungai Kallang juga menjadi habitat pelbagai hidupan liar.

2. 800,000 penduduk tinggal di sekitarnya

Sekitar 800,000 penduduk menetap di kawasan sekitar Sungai Kallang, menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Sebelum penambakan tanah dilakukan di pantai tenggara Singapura, Sungai Kallang mengalir terus ke Selat Singapura melalui Lembangan Kallang, iaitu berhampiran Merdeka Bridge sekarang.

3. Mengalir ke Kolam Air Marina

Pada hari ini, sungai ini mengalir ke laut melalui Marina Channel.

Anak-anak sungai Kallang seperti Sungei Whampoa, Pelton Canal, dan Bukit Timah Second Diversion Canal turut menyumbang kepada aliran airnya.

Selain itu, Sungai Geylang dan Sungai Rochor juga mengalir ke Lembangan Kallang, dan kesemua saluran air ini merupakan sebahagian daripada Marina Reservoir hasil pembinaan Marina Barrage.

4. Hanya kawasan tertentu dibenarkan memancing

Bagi penggemar memancing, anda hanya dibenarkan memancing di kawasan yang ditetapkan, seperti Kolam Ayer ABC Waterfront.

Memancing di kawasan lain sungai adalah dilarang dan individu boleh dikenakan denda sebanyak $3,000 menurut air agensi negara PUB.

Selain itu, hanya umpan tiruan dibenarkan bagi kegiatan memancing di kawasan yang ditetapkan di Sungai Kallang. Amalan tangkap dan lepas digalakkan untuk memastikan kelestarian ekosistem sungai.

5. Lembangan Kallang popular bagi aktiviti rekreasi

Sungai Kallang mengalir ke kawasan Lembangan Kallang, yang merupakan tempat yang popular untuk aktiviti berkayak.

Penyewaan kayak serta lawatan berpandu disediakan di Water Sports Centre@Singapore Sports Hub, yang terletak berhampiran Stesen MRT Stadium.

Kawasan ini digunakan pemula mahupun pengayuh berpengalaman, menawarkan pemandangan indah latar langit bandar.

Kadangkala, pengunjung juga dapat melihat memerang tempatan yang berada di kawasan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg