Mayat budak lelaki hilang di Sungai Kallang ditemui

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat budak lelaki hilang di Sungai Kallang ditemui

Feb 27, 2026 | 9:25 AM

Mayat budak lelaki hilang di Sungai Kallang ditemui

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Orang ramai berhimpun di tempat kejadian semasa pasukan SCDF menjalankan operasi.
Orang ramai berhimpun di tempat kejadian semasa pasukan SCDF menjalankan operasi. - Foto ST

Mayat budak lelaki berusia 13 tahun yang hilang di Sungai Kallang telah ditemui pada lewat 26 Februari, lebih 24 jam selepas dia dilaporkan hilang semasa memancing.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka diberitahu sekitar 10.35 malam mengenai orang yang terapung di sungai tersebut.

Orang itu diangkat ke darat oleh pegawai bomba SCDF dan penyelamat dari Pasukan Penyelamat dan Bantuan Bencana (Dart), sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.

Seorang lelaki, yang awal dari itu mengaku sebagai anggota keluarga budak lelaki tersebut diminta mengenal pasti mayat tersebut sejurus sebelum tengah malam.

Beliau kembali ke tempat saudara-mara lain yang sedang berhimpun dalam keadaan menangis, dan memberitahu mereka mayat yang ditemui ialah anggota keluarga mereka yang dicari-cari.

Berdasarkan siasatan awal, polis berkata ia tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah. Siasatan sedang diteruskan.

Budak lelaki itu, yang bernama Daniel, sebagaimana yang dimaklumkan ibu saudaranya kepada wartawan Berita Harian (BH) pada 26 Februari dilaporkan hilang di sungai itu pada sebelah petang 25 Februari.

Daniel disyaki terjatuh semasa memancing bersama beberapa rakan.

Bercakap kepada media, ibunya, yang hanya memberikan namanya sebagai Siti, berkata Daniel tidak biasa memancing dan kurang pandai berenang.

Daniel meninggalkan dua adik-beradik lelaki, berusia 11 tahun dan 14 tahun.

Ayah mereka, warga Singapura, dalam penjara, kata Cik Siti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg