Topik diikuti
Pergi ke BHku5 perkembangan teknologi terkini PUB bagi tangani banjir
1 of 2
Foto BH oleh KHALID BABA
Foto PUB
Nov 12, 2026 | 2:01 PM
5 perkembangan teknologi terkini PUB bagi tangani banjir
Lima perkembangan terkini inisiatif PUB dalam memperkukuh ketahanan banjir
- Kenderaan Pengepam Kawalan Jauh bagi kawasan sukar diakses: Agensi air negara, PUB, telah memulakan percubaan selama setahun bagi Kenderaan Pengepam Kawalan Jauh (RPV) yang kompak dan dilengkapi sistem penggerak berantai. Berbanding kaedah mengepam keluar air banjir secara tradisional yang memerlukan lori pengangkut besar, generator bersaiz besar dan ramai tenaga kerja, RPV itu boleh dikendalikan dari jarak sehingga 100 meter, menaiki tangga serta bergerak di permukaan tidak rata, ruang bawah tanah, tempat letak kereta dan terowong, tanpa perlu menghantar pekerja memasuki kawasan banjir yang berbahaya.
- Penambahan pengesan banjir jalan raya di kawasan perumahan: Menyusuli percubaan selama enam bulan yang melibatkan 30 pengesan, yang mampu menghantar amaran banjir di jalan raya dalam masa kurang seminit, PUB akan memasang lagi 15 Pengesan Banjir Jalan Raya di lokasi-lokasi yang terdedah kepada banjir. PUB juga sedang mengkaji kemungkinan memasang pengesan tersebut di luar kawasan perumahan supaya pemilik rumah dapat menerima amaran lebih awal untuk melindungi kediaman mereka dan memindahkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat.
- Sistem Automatik Bersepadu untuk mengurangkan pemantauan CCTV secara manual: PUB sedang menguji sistem yang menggabungkan Pengesan Banjir Jalan Raya, pengesan paras air di terusan dan analisis video CCTV ke dalam satu sistem pengesanan automatik. Penggabungan data daripada sumber-sumber ini membolehkan pengesanan banjir dilakukan secara automatik dan mengurangkan keperluan pegawai memantau ratusan skrin CCTV secara manual sepanjang masa. Ini sekali gus dapat mempercepatkan penyampaian amaran kepada orang ramai dan pengerahan Pasukan Tindak Balas Pantas.
- Peluasan besar-besaran rangkaian pengesan di seluruh Singapura jelang 2028: PUB akan memasang sekitar 500 lagi pengesan paras air dan 200 lagi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memperluas liputan pemantauan di seluruh Singapura.
- Amaran banjir dalam kenderaan menerusi OBU ERP dan aplikasi navigasi: Selain saluran sedia ada seperti Telegram (@PUBFloodAlerts) dan aplikasi myENV, amaran banjir turut disalurkan secara langsung menerusi Unit Dalam Kenderaan (OBU) bagi sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP), Google Maps dan aplikasi Grab. Langkah ini bertujuan memberi amaran kepada pemandu sebelum mereka memasuki laluan yang terdedah kepada banjir serta menggalakkan mereka menggunakan laluan alternatif daripada cuba meredah jalan raya yang dilanda banjir.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
PUB cuba kenderaan pengepam kawalan jauh tangani banjir lebih pantasNov 12, 2026 | 11:33 AM
Gaza dilanda banjir buruk, Lembaga Keamanan
gesa Israel segera salur bantuanNov 10, 2026 | 1:02 PM