Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

50 penduduk dipindahkan akibat kebakaran di Tampines

Dec 9, 2024 | 3:47 PM
Kebakaran di Tampines menyebabkan 50 penduduk dipindahkan.
Kebakaran di Tampines menyebabkan 50 penduduk dipindahkan. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK/SCDF

Kira-kira 50 penduduk telah dipindahkan dari blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Tampines selepas kebakaran yang berlaku pada pagi 9 Disember.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dimaklumkan mengenai kebakaran di unit tingkat 13 di Blok 889A Tampines Street 81 pada kira-kira 6.40 pagi.

Setibanya pegawai SCDF di lokasi, kepulan asap hitam terlihat keluar dari unit itu, kata SCDF dalam catatan Facebook 9 Disember.

Dua penduduk flat tersebut sempat keluar dari flat itu sebelum ketibaan SCDF. Mereka diperiksa oleh paramedik bagaimanapun enggan dibawa ke hospital.

Kebakaran membabitkan kandungan sebuah bilik tidur, kata SCDF, sambil menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg