Hampir 5,000 pelajar menyertai program pendidikan Race to Sustainability! mengenai isu kemampanan anjuran Gardens by the Bay pada 2024.
Menurut kenyataan Gardens by the Bay pada 23 Oktober, bilangan rekod itu menunjukkan minat yang berkembang mengenai isu pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan belia.
Acara itu dirasmikan tetamu terhormat, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, di Supertree Grove pada 23 Oktober.
Sepanjang tempoh dua hari, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah daripada 21 sekolah akan menjalankan ‘misi’ berkaitan biodiversiti, perubahan iklim, pemuliharaan dan kemampanan di sekitar taman tersebut.
Dimulakan pada 2015, acara Race to Sustainability! itu kali ini diperluaskan untuk merangkumi program yang disesuaikan khas untuk murid sekolah rendah dan pelajar pengajian tinggi seperti lawatan berpandu dan ceramah pendidikan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg