Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

550 pelajar memerlukan di Pasir Ris-Punggol terima keperluan sekolah

Dec 17, 2023 | 4:56 PM
TERIMA BANTUAN: Antara barang keperluan sekolah yang diberi kepada pelajar memerlukan di Pasir Ris termasuk beg, buku nota, fail, pen dan baucar Bata bernilai $30.
TERIMA BANTUAN: Antara barang keperluan sekolah yang diberi kepada pelajar memerlukan di Pasir Ris termasuk beg, buku nota, fail, pen dan baucar Bata bernilai $30. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Kira-kira 550 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Pasir Ris dan Punggol baru-baru ini menerima barangan keperluan untuk kembali ke sekolah.

Pemberian itu adalah di bawah program ‘Kembali Ke Sekolah’ (BTS) anjuran pertubuhan akar umbi di Pasir Ris dan Punggol.

Pada 17 Disember, pelajar memerlukan yang tinggal di Pasir Ris turun ke Masjid Al-Istighfar untuk mengambil barang keperluan bagi menyiapkan diri untuk tahun akademik 2024.

Inisiatif itu diterajui oleh Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu (MAEC) bandar Pasir Ris dan disokong oleh Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra), Masjid Al-Istighfar dan Mendaki@Pasir Ris.

Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, berkata acara BTS itu bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ini adalah tahun kedua pihaknya mengadakan acara BTS.

“Di acara BTS ini dan melalui kerjasama sukarelawan, kami dapat memberi bantuan bukan sahaja dengan peralatan sekolah, malah secara holistik. Ini dari segi baucar dan lebih penting lagi mendekati mereka dengan Yayasan Mendaki,” kata Encik Sharael di acara tersebut.

Masjid Al-Istighfar juga telah menaja baucar Bata bernilai $30 bagi setiap pelajar.

Sebelum ini, seramai 400 pelajar di Punggol juga menerima bantuan keperluan sekolah pada 3 Disember lalu di Masjid Al-Islah.

Para pelajar menerima barangan seperti buku nota, alat tulis dan botol air.

“Ini adalah satu inisiatif yang baik kerana mereka membantu kami dengan keperluan sekolah. Anak-anak gembira dengan beg dan barang yang diberikan. Kini keperluan sekolah sudah lengkap,” kongsi Encik Nazri Sinin, bapa kepada lima anak, yang juga penerima bantuan BTS.

M3 Pasir Ris-Punggol juga turut menyatakan komitmen bagi menambah baik dan meluaskan jangkauan mereka serta terus membantu penduduk yang bukan hanya terdiri daripada masyarakat Melayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg