Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Program pupuk minat AI untuk belia di GRC Pasir Ris-Punggol

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program pupuk minat AI untuk belia di GRC Pasir Ris-Punggol

Diterajui sukarelawan belia daripada kumpulan Melayu Islam dalam Teknologi (MMiT) dan Yayasan Mendaki
Dec 16, 2023 | 06:54 PM



Seramai 60 belia dari GRC Pasir Ris-Punggol berpeluang menyertai program yang bertujuan memupuk minat dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan (AI) pada 16 Disember.

Program #HashTech yang berlangsung di Google Singapore itu mengajar cara menggunakan AI demi kemaslahatan masyarakat.

Program penyerapan teknologi dan juga pertandingan itu dianjurkan buat kali kedua oleh M3@Pasir Ris-Punggol.


Program tersebut diterajui sukarelawan belia daripada kumpulan Melayu Islam dalam Teknologi (MMiT) dan Yayasan Mendaki.

Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha, salah seorang penggerak di sebalik #HashTech, berkata program itu dibuka kepada belia daripada pelbagai latar belakang.

“#HashTech bertujuan mendedahkan belia dalam masyarakat dengan kemahiran yang diperlukan, terutamanya dalam ruang digital. Ini akan membantu belia meneroka dan mendedahkan diri mereka kepada ekonomi baru ini,” kata Encik Sharael kepada Berita Minggu.


Peserta program itu terdiri daripada belia daripada madrasah, politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), dan universiti.

Sebilangan besar telah terlibat dalam sesi sebelumnya pada 2022, dan mengambil peluang menyertai program itu sekali lagi pada 2023.

“Di sebelah pagi, peserta memulakan program itu dengan menyelami teknologi dan pengekodan di sebalik kecerdasan buatan.

“Selepas makan tengah hari, peserta ditugaskan untuk menyelesaikan masalah dunia nyata – membangunkan platform AI generatif untuk membantu individu yang mencari geran pendidikan dan peluang peningkatan kemahiran,” tambah Encik Sharael.

Tema #HashTech untuk 2023 ialah ‘Unlocking the power of Generative Artificial Intelligence (AI)‘, mencerminkan tumpuan yang semakin meningkat pada AI dalam Strategi AI Nasional Singapura 2.0.


Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di Sidang Singapura mengenai AI yang diadakan antara 4 dan 6 Disember, negara ini menyasarkan untuk menambah tiga kali ganda bilangan pengamal AI kepada 15,000.

Selaras dengan matlamat negara, #HashTech memainkan peranan memupuk bakat tempatan dan menyiapkan mereka untuk landskap digital yang berkembang, kata Encik Sharael.

Program ini mendedahkan golongan muda kepada peluang pekerjaan, serta melengkapkan mereka dengan kemahiran dan minda untuk menyelesaikan masalah dunia nyata.

Inisiatif #HashTech akan membolehkan belia mendapat peluang pekerjaan dan membangunkan set kemahiran digital yang akan terbukti tidak ternilai dalam usaha masa depan mereka, ujar Encik Sharael.

Katanya lagi, program ini selaras dengan visi Strategi AI Kebangsaan 2.0 untuk membangunkan keupayaan, memupuk bakat dan menggunakan AI demi kemaslahatan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >