Sebanyak 65,000 kuntum bunga tulip daripada lebih 30 jenis dipamerkan di Flower Dome, Gardens by the Bay.

Edisi ke-12 pameran Tulipmania yang dianjurkan dengan kerjasama Kedutaan Belanda di Singapura ini meraikan warisan seni dan budaya Belanda yang kaya, dan dibuka mulai 24 April hingga 17 Mei.

Antara yang dipamerkan buat kali pertama ialah bunga ‘Tulipa Kaki’, yang dihadiahkan Belanda kepada Singapura sebagai simbol hubungan mesra antara dua negara.

Selain itu, pengunjung juga dapat menyaksikan replika Rijksmuseum, muzium terkenal di Amsterdam, dan De Kat Windmill, sebuah kincir angin.