Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

7 mangsa rugi $27,000 akibat pancingan data laman palsu Domino’s Pizza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 mangsa rugi $27,000 akibat pancingan data laman palsu Domino’s Pizza

Dec 16, 2023 | 12:09 PM




Tujuh mangsa mengalami kerugian berjumlah kira-kira $27,000 selepas menjadi mangsa penipuan pancingan data baru yang melibatkan laman web Domino’s Pizza palsu dari 25 November hingga 6 Disember, menurut polis.

Dalam kes ini, mangsa tekan ‘klik’ pada laman web pancingan data selepas mencari “Domino’s Pizza” pada enjin carian dalam talian, kata polis dalam satu kenyataan pada 16 Disember.

Laman web ini mempunyai reka letak dan alamat Web yang serupa, seperti domino-plza.com dan order.domino.piza.com. Alamat laman web tulen Domino’s Pizza ialah dominos.com.sg.

Mangsa kemudiannya akan membuat pesanan di laman web pancingan data dan mendedahkan butiran kad kredit mereka untuk membuat pembayaran. Penipu kemudian akan menyalahgunakan butiran kad kredit mereka.

Mangsa akan menyedari bahawa mereka telah ditipu selepas mendapati transaksi tanpa kebenaran dibuat dengan kad mereka.

Polis menasihatkan orang ramai untuk menambah aplikasi ScamShield dan membolehkan ciri keselamatan, seperti pengesahan dua faktor atau pengesahan pelbagai faktor untuk bank dan had transaksi untuk transaksi perbankan Internet.

Orang ramai boleh menyemak tanda penipuan menggunakan bot WhatsApp ScamShield, hubungi Talian Bantuan Antipenipuan di 1800-722-6688 atau layari www.scamalert.sg.

Polis juga menggesa orang ramai untuk melihat tanda-tanda yang menunjukkan laman web pancingan data, dan untuk mengesahkan sama ada tawaran tersebut tersedia dengan melayari laman web rasmi syarikat.

Jika ragu-ragu, usah berkongsi maklumat peribadi dan butiran kad pembayaran dengan sesiapa sahaja, kata polis.

Orang ramai digalakkan untuk memberitahu pihak berkuasa, keluarga dan rakan tentang penipuan, serta melaporkan sebarang transaksi penipuan kepada bank dengan segera.

Mereka yang mempunyai maklumat tentang jenayah tersebut boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau layari www.police.gov.sg/iwitness. Untuk bantuan polis segera, telefon 999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >