Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

73 diberi amaran bertulis kerana tidak pulangkan pinggan mangkuk

Jun 9, 2023 | 8:20 PM
PULANGKAN PINGGAN MANGKUK: Peraturan memulangkan pinggan mangkuk di pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan berkuat kuasa pada 1 Jun.
PULANGKAN PINGGAN MANGKUK: Peraturan memulangkan pinggan mangkuk di pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan berkuat kuasa pada 1 Jun. - Foto fail

Seminggu setelah peraturan memulangkan pinggan mangkuk berkuat kuasa pada 1 Jun, pihak berkuasa telah mengeluarkan 73 amaran bertulis kepada pelanggan yang tidak mematuhi peraturan itu.

Ini setelah operasi penguatkuasaan dijalankan di 95 pusat penjaja dan 120 kedai kopi serta pusat makanan, menurut kenyataan bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Jumaat.

Setiap individu yang diberi amaran bertulis telah dilihat pegawai penguatkuasaan sebagai mampu secara fizikal untuk membersihkan meja mereka.

“Dalam hal ini, kami ingin menekankan lagi bahawa penguatkuasaan tidak akan diambil terhadap mereka yang dilihat tidak mampu membersihkan meja mereka, contohnya warga emas yang lemah, golong kurang upaya atau kanak-kanak.

“Dalam keadaan sebegitu, anggota keluarga atau mereka yang menemani golongan ini makan, jika hadir, patut membantu membersihkan meja,” kata pihak berkuasa.

Mereka yang menjamu selera dinasihati agar tidak meninggalkan sebarang sampah di meja seperti tisu terpakai, tin minuman, cangkerang, dan tulang.

Sebaliknya, sampah boleh dipulangkan bersama dengan dulang serta pinggan mangkuk yang terpakai.

“Walaupun pekerja pembersihan akan mengelap meja setelah ia digunakan, kami menggalakkan mereka yang menjamu selera agar memastikan meja bersih sebaik mungkin, lebih-lebih lagi pada waktu sibuk,” tambah agensi-agensi itu.

NEA dan SFA berterima kasih kepada kebanyakan orang yang memulangkan pinggan mangkuk mereka dan tidak meninggalkan sampah.

Agensi itu menggesa orang awam agar bekerjasama dengan pegawai penguatkuasaan sekiranya dihampiri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg