Anugerah Guru Arif Budiman, yang kini memasuki edisi ke-17, mengiktiraf guru Bahasa Melayu yang memberi inspirasi bukan sahaja dalam mendidik, tetapi juga dalam membentuk peribadi pelajar seiring cabaran abad ke-21. 

Anugerah ini akan diberikan dalam dua kategori — Perangsang (bagi guru dengan kurang daripada 10 tahun perkhidmatan) dan Teladan (10 tahun atau lebih).

Pemenang akan diumumkan pada November ini.

Kategori Perangsang (kurang 10 tahun dalam perkhidmatan):

– Cik Siti Suhana Alias (Sekolah Rendah Perempuan Paya Lebar Methodist)

– Cik Nur Adilah Khamsani (Sekolah Rendah Greenwood)

– Cik Noorhidayah Md Taib (Sekolah Menengah Compassvale)

– Cik Filzatul Azreen Gazali (Sekolah Menengah Anderson)

Kategori Teladan (10 tahun atau lebih dalam perkhidmatan):

– Encik Muhammad Mukhlis Dzulfitri Dzulkifli (Sekolah Rendah Waterway)

– Cik Siti Aidah Mohamad Amin (Institusi St. Joseph [Rendah])

– Cik Norzaidah Suparman (Sekolah Perempuan Crescent)

– Cik Suhana Jumadi (Sekolah Menengah Juying)