Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

$9.6j lesap kepada penipu yang menyamar sebagai staf firma China

Nov 11, 2024 | 6:46 PM
Orang ramai diingatkan bahawa Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tidak menyimpan rekod akaun kewangan atau perbankan mereka.
Orang ramai diingatkan bahawa Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tidak menyimpan rekod akaun kewangan atau perbankan mereka. - Foto fail

Dalam tempoh kurang tiga bulan, sekurang-kurangnya $9.6 juta telah lesap kepada penipu yang menyamar sebagai kakitangan syarikat yang berpangkalan di China, seperti Tencent, WeChat dan UnionPay.

Sekurang-kurangnya 443 kes sedemikian dilaporkan sejak 28 Ogos, kata polis pada 11 November.

Menurut The Straits Times, mangsa menerima panggilan telefon daripada penipu mengatakan mereka daripada syarikat sedemikian dan langganan yang dibuat mangsa sebelumnya akan tamat tempoh.

Penipu kemudian memberitahu mangsa supaya membatalkan langganan mereka bagi mengelakkan bayaran selanjutnya daripada ditolak daripada akaun bank mereka yang dikaitkan dengan platform tersebut.

Untuk mengesahkan identiti mereka, mangsa diminta memberi maklumat peribadi dan memindahkan wang ke pelbagai akaun bank.

Dalam sesetengah kes, mangsa ditipu supaya mendedahkan maklumat perbankan, kata laluan dan pin tatkala penipu mengajar mereka cara meningkatkan had urus niaga bagi pemindahan bank melalui fungsi perkongsian skrin.

Penipu cuba meningkatkan kredibiliti mereka atau memberi tekanan dengan memaparkan pas pekerja palsu atau menghantar e-mel, menyamar sebagai kakitangan daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS), memaklumkan mangsa bahawa akaun kewangan mereka tidak sepadan dengan rekod.

Kebanyakan mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas mereka tidak menerima semula bayaran yang dijanjikan, kata polis.

Orang ramai diingatkan bahawa MAS tidak menyimpan sebarang rekod akaun kewangan atau perbankan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg