Sambutan Hearts @ Boon Lay menjanjikan kemeriahan dengan reruai permainan nostalgia dan alunan lagu-lagu popular pelbagai bahasa dari era 60-an, yang senarai lagunya disusun khas oleh penduduk sendiri.
Demi menyemai semangat keterangkuman, pelajar Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) akan membantu warga emas yang mempunyai cabaran pergerakan agar mereka dapat turut berkongsi kegembiraan sambutan ini.
Selain itu, sudut ‘Tree of Gratitude’ disediakan untuk kanak-kanak meluahkan rasa terima kasih kepada ibu bapa mereka.
Butiran lanjut boleh didapati di Facebook Our Boon Lay
Waktu: 6 petang hingga 12.30 malam
Lokasi: Gelanggang keras di depan Blok 215, Boon Lay Place
Sambil meraikan ketibaan Tahun Baru, para pengunjung berpeluang mengimbau detik kenangan indah sepanjang 2025.
Acara tersebut turut menyajikan pameran fesyen berkonsep kitar semula, menampilkan bekas pesakit barah memperagakan busana mampan hasil daripada bahan terpakai.
Butiran lanjut boleh didapati di laman web OnePA.
Waktu: 7 malam hingga 1 malam
Lokasi: Keat Hong Square – gelanggang keras bersebelahan Kelab Masyarakat Keat Hong
Selain persembahan khas kumpulan pop/rok Singapura, 53A, para pengunjung berpeluang menulis harapan peribadi mereka bagi 2026.
Tulisan tersebut akan dipamerkan di Kelab Masyarakat (CC) Marsiling baru yang bakal dibuka pada 2026.
Butiran lanjut boleh didapati di laman web OnePA.
Waktu: 8 malam hingga 12.15 malam
Lokasi: Sekolah Menengah Woodlands
Di acara Nee Soon Countdown 2026 – Dare to Dream, penduduk boleh menulis mesej harapan melalui kegiatan Postcard to My Future Self.
Mesej itu akan dihantar kembali ke peti surat para peserta pada 2026 sebagai peringatan tentang aspirasi mereka.
Butiran lanjut boleh didapati di laman web OnePA.
Waktu: 8 malam hingga 12.30 malam
Lokasi: Lapangan terbuka bersebelahan Futsal Arena @ Yishun
Di acara One Punggol Year-End Countdown 2026, penduduk boleh menikmati persembahan seperti alunan harmonika, demonstrasi karate, pertunjukan bunga api dan dron, serta sarkas api yang memukau, sebelum menghitung detik menyambut Tahun Baru.
Butiran lanjut boleh didapati di Facebook One Punggol.
Waktu: 6 petang hingga 12.30 malam
Lokasi: One Punggol – Celebration Square dan The Plaza/Padang terbuka di depan One Punggol
Acara menyambut Tahun Baru di Our Tampines Hub (OTH) akan menampilkan Karnival Kanak-Kanak Pororo dengan kegiatan seperti membuat penanda buku dan bermain permainan boleh kembung bertema Pororo.
Keluarga yang mempunyai anak lebih besar juga boleh menantikan sesi percubaan e-sukan dan permainan lain.
Butiran lanjut boleh didapati di Facebook Our Tampines Hub.
Waktu: 12 tengah hari hingga 12.15 malam
Lokasi: Town Square @ Our Tampines Hub
Acara sambutan Tahun Baru di kawasan persisiran Woodlands akan memberikan pengalaman berparti bebas alkohol.
Menurut Persatuan Rakyat (PA), ia merupakan sebahagian daripada “gerakan kesejahteraan global yang kini semakin popular”.
Ia turut menampilkan persembahan DJ, pertunjukan dron, minuman moktel dan kopi serta hidangan makanan tempatan di sepanjang Waterfront Woodlands yang indah.
Butiran lanjut boleh didapati di Facebook Woodlands Community.
Waktu: 9 malam hingga 12.15 malam
Lokasi: Taman Waterfront Woodlands
Countdown 2026 at The Kallang menghimpunkan pelbagai kegiatan mesra keluarga sepanjang malam serta persembahan di OCBC Square dan Pusat Sukan Air secara percuma.
Peminat kumpulan K-pop lelaki veteran, Super Junior, juga boleh menantikan persembahan khas semasa acara itu, bersama bakat penyanyi tempatan lain, sebelum kemuncaknya diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang bakal berlangsung selama 35 minit.
Butiran lanjut boleh didapati di laman web The Kallang.
Waktu: 7 malam hingga 1 pagi
Lokasi: Kawasan The Kallang
Anda masih belum ketinggalan jika belum menyertai pesta Marina Bay Singapore Countdown.
Dianjurkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), acara yang telah bermula sejak 1 Disember dengan pelbagai kegiatan di sekitar kawasan Marina Bay akan mencapai kemuncaknya dengan pertunjukan bunga api pada 31 Disember.
Butiran lanjut boleh didapati di laman web Marina Bay Countdown.
Lokasi: Kawasan Marina Bay
Selain lokasi yang disenaraikan, orang ramai juga boleh mengunjungi sambutan Tahun Baru di Clarke Quay dan Sentosa.
Maklumat lanjut tersedia di laman web GoWhere One Countdown.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg