Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

9 perintah henti kerja, denda $452,000 dikenakan bagi firma langgar aturan kerja tempat tinggi

Jun 21, 2024 | 3:24 PM
Kes kejadian jatuh dari tempat tinggi adalah antara punca utama kematian di tempat kerja pada 2023.
Kes kejadian jatuh dari tempat tinggi adalah antara punca utama kematian di tempat kerja pada 2023. - Foto ST

Sembilan perintah hentikan kerja dan denda berjumlah $452,600 telah dikenakan kepada firma yang didapati melanggar peraturan dalam melindungi pekerja yang menjalankan tugas di tempat tinggi.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah menjalankan lebih 1,000 pemeriksaan antara Februari dengan April 2024, dan mengambil langkah membetulkan amalan kerja di tempat tinggi yang lemah.

Ini menandakan keadaan yang lebih baik sedikit daripada operasi serupa dalam tempoh yang sama pada 2023, yang mengakibatkan 10 perintah hentikan kerja dan denda berjumlah hampir setengah juta dolar.

Dalam satu kenyataan di Facebook, MOM berkata kes kejadian jatuh dari tempat tinggi adalah antara punca utama kematian di tempat kerja pada 2023.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 227 denda dikenakan pada 2023 kerana amalan kerja di tempat tinggi yang lemah termasuk kekurangan rel pengadang yang berkesan.

MOM berkata tempat kerja harus mengekalkan langkah keselamatan utama dengan menggunakan tangga bagi memastikan pekerja sentiasa mengekalkan tiga titik sentuhan iaitu satu tangan dan dua kaki atau dua tangan dan satu kaki pada tangga.

Palang pegangan tangan juga perlu disediakan buat kakitangan yang bekerja pada ketinggian satu meter atau lebih melepasi paras tertinggi tangga berkenaan.

Ia turut menyeru majikan dan pekerja agar melayari laman web, go.gov.sg/letspreventfalls, untuk mempelajari tentang prosedur bekerja di tempat tinggi dengan selamat.

Antara perkara yang majikan boleh lakukan bagi mengelak kejatuhan dari tempat tinggi adalah dengan melaksanakan sistem pencegahan atau perlindungan yang mencukupi seperti rel pengadang dan penutup untuk pembukaan.

Majikan juga boleh memastikan adanya akses dan jalan keluar selamat dari tempat tinggi dan membekalkan pekerja dengan sistem penyelamat daripada kejatuhan atau penahan perjalanan yang berkesan.

Selain itu, majikan perlu membangunkan pelan mencegah kejatuhan yang menyeluruh dan sistem permit kerja bagi mengurangkan risiko secara berkesan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg