Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

970 haiwan liar lahir pada 2023, tertinggi dalam sedekad

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

970 haiwan liar lahir pada 2023, tertinggi dalam sedekad

Mar 20, 2024 | 05:43 PM



Hidupan liar di Singapura didapati sihat dan subur, jika dinilai daripada jumlah kelahiran yang dicatatkan mergastua dalam peliharaan di sini, pada 2023.

Menurut Mandai Wildlife Group, empat taman hidupan liar utama di Singapura – Bird Paradise, Safari Malam, River Wonders dan Taman Haiwan Singapura – meraikan 970 kelahiran dan penetasan merentasi 128 spesies pada 2023.

Ia membentuk jumlah tertinggi yang dihasilkan taman hidupan liar itu secara kolektif sejak 2013, kata Mandai Wildlife Group pada 20 Mac.

Antara penambahan baru adalah 29 spesies yang disenaraikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

Menurut Mandai Wildlife Group, 19 daripada 128 spesies yang meraikan ketibaan anak haiwan pada 2023 adalah sebahagian daripada program pembiakan yang diurus di peringkat antarabangsa, seperti Persatuan Zoo Eropah dan Program Ex-Situ Aquaria.

Antara 19 yang berada dalam program itu ialah kandau bulu merah atau ‘red ruffed lemur’, yang sangat terancam.

Taman haiwan itu menyaksikan penambahan sepasang kembar jantan pada 2023.

Ketibaan anak haiwan menandakan satu kejayaan istimewa dalam pemuliharaan spesies mereka, kerana membiak adalah sukar memandangkan mereka hanya membiak setahun sekali, kata Mandai Wildlife Group.

Pada 2023, taman haiwan itu juga buat kali pertama, menyaksikan kelahiran katak, ‘poison dart frog’ dan ‘pure-bred green’ serta penetasan penyu, ‘Roti snake-necked turtle’.

Satu lagi detik istimewa bagi Mandai Wildlife Group ialah penetasan anak ayam flamingo Afrika – yang pertama di Singapura selama lebih 25 tahun – di Bird Paradise.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Mandai Wildlife Group, Dr Cheng Wen-Haur, berkata pasukan (taman haiwan) beruntung dapat melihat haiwan kecil membesar dan menjadi sebahagian daripada usaha pemuliharaan untuk spesies di bawah jagaan mereka.

“Setiap pertambahan baru kepada keluarga hidupan liar kami adalah istimewa, kerana setiap kelahiran dan penetasan menyumbang kepada membangun populasi spesies yang sihat dan mampan di bawah jagaan manusia,” tambah Dr Cheng yang juga ketua pegawai sains hayat.

Haiwan yang lahir pada 2023 menyaksikan peningkatan penetasan dan kelahiran berbanding 2022. Terdapat hampir 800 haiwan baru merentasi 126 spesies.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >