Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha Mandai Wildlife Group elak tenggiling pupus

Feb 26, 2024 | 5:30 AM
(Dari kiri) Doktor Haiwan, Dr Charlene Yeong; Penolong Naib Presiden  Penjagaan Kesihatan Haiwan Mandai Wildlife Group, Dr Heng Yirui; dan Jururawat Haiwan, Encik Maxine Ng, sedang menjalankan prosedur ultrabunyi pada tenggiling Sunda jantan semasa pemeriksaan kesihatan penuh di Mandai.
(Dari kiri) Doktor Haiwan, Dr Charlene Yeong; Penolong Naib Presiden Penjagaan Kesihatan Haiwan Mandai Wildlife Group, Dr Heng Yirui; dan Jururawat Haiwan, Encik Maxine Ng, sedang menjalankan prosedur ultrabunyi pada tenggiling Sunda jantan semasa pemeriksaan kesihatan penuh di Mandai. - Foto ST

Tenggiling memainkan peranan penting dalam ekosistem dengan mengawal populasi semut dan anai-anai.

Bagaimanapun, populasi tenggiling atau ‘pangolin’ semakin berkurangan di seluruh dunia, walaupun terdapat undang-undang untuk melindungi lapan spesiesnya daripada pupus?

Dianggarkan sejuta tenggiling diburu dalam tempoh sedekad lalu.

Ia khusus untuk mendapatkan daging, kulit dan sisik haiwan itu, berdasarkan Dana Sedunia untuk Alam Semula Jadi.

Walaupun bilangan yang memburu tenggiling kekal rendah di Singapura, pihak pemuliharaan berkata bahawa nahas jalan raya merupakan ancaman terbesar binatang itu.

Namun begitu, Lembaga Taman Negara (NParks) tetap optimistik tentang keberkesanan usaha itu.

Ini kerana terdapat peningkatan dalam jumlah tenggiling serta bayinya yang ditemui di Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah antara 2020 dengan 2023.

Berikut dikongsi beberapa usaha negara dan Mandai Wildlife Group untuk menyelamatkan haiwan itu daripada pupus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg