Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kekang niat jahat untuk elak terjerumus kancah dadah

Oct 8, 2023 | 8:04 PM
BERI BUAH FIKIRAN: Jasser Abdul Rahim Jaiyulabudeen (bersongkok hitam) dan rakan-rakan dalam kumpulannya berbincang dalam sesi bengkel berlandaskan senario sebagai sebahagian daripada program anjuran Dadah Itu Haram dan Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim di Masjid An-Nahdhah.
BERI BUAH FIKIRAN: Jasser Abdul Rahim Jaiyulabudeen (bersongkok hitam) dan rakan-rakan dalam kumpulannya berbincang dalam sesi bengkel berlandaskan senario sebagai sebahagian daripada program anjuran Dadah Itu Haram dan Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim di Masjid An-Nahdhah. - Foto CNB

Adalah penting untuk mengekang dan menghentikan niat jahat daripada berputik sebelum ia benar-benar berlaku dan berpotensi menjadi isu lebih besar.

Demikian antara apa yang dipelajari Encik Mohamed Thoufiq Sahabudeen daripada sesi bengkel berlandaskan senario yang diadakan di Masjid An-Nahdhah pada Ahad.

Sesi tersebut adalah sebahagian daripada program yang dianjurkan Dadah Itu Haram (DIH), dengan usaha sama Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA), bagi mendidik belia dan masyarakat secara amnya bersangkutan bahaya dan ketagihan dadah.

Encik Thoufiq, 22 tahun, berkata:

“Daripada bengkel berlandaskan senario itu, kami berbincang tentang apa yang kami biasanya bualkan di sekolah dan… oleh kerana kami muda dan rasa ingin tahu, kadangkala mungkin ada rasa mahu teroka (bahan-bahan terlarang).

“Oleh itu, penting untuk kami hentikan perbualan sedemikian sebaik saja detik seperti itu berlaku.”

Encik Thoufiq merupakan antara sekitar 100 hadirin yang menyertai program anjuran DIH dengan IMSSA itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg