Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Abai lapan kucing dalam keadaan sakit, dengan hutang lebih $17,000

Aug 1, 2023 | 10:58 AM
KEADAAN SAKIT: Salah satu kucing yang terabai mengalami masalah kulit dan selesema kronik.
KEADAAN SAKIT: Salah satu kucing yang terabai mengalami masalah kulit dan selesema kronik. - Foto FACEBOOK KATRINA SHAMSUDIN

Seorang pemilik lapan ekor kucing didakwa lesap begitu sahaja setelah mengabaikan kesemua kucingnya yang mempunyai isu perubatan.

Malah, dia didakwa mempunyai hutang sebanyak $17,227.70 yang belum dilunaskan bersama kemudahan penjagaan kucing, Little Kats.

Menurut pos Facebook yang dimuatnaik pengguna Facebook Katrina Shamsudin, lelaki tersebut didakwa telah menghantar kucing-kucingnya ke kemudahan itu pada Julai 2021 kerana mendakwa bahawa keluarga barunya mempunyai alahan dengan kucing.

Namun, lelaki tersebut dikatakan tidak mengambil balik kucingnya lagi dan tidak mengangkat panggilan telefon walaupun berulang kali dihubungi.

Sehingga 29 Julai 2023, lelaki tersebut mempunyai hutang sebanyak $17,277.70 bersama kemudahan itu.

Menurut Cik Katrina, kesemua kucing itu sudah berusia lanjut, mengalami isu perubatan dan memerlukan bantuan pergigian.

Malah, salah seekor kucing menghidap virus leukemia kucing (FeLV) yang boleh membawa maut.

Laporan pengabaian telah dibuat kepada pihak berkuasa, kata pengguna Facebook itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg