Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Abang termuda dari 4 beradik lelaki mengaku rogol adik perempuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Abang termuda dari 4 beradik lelaki mengaku rogol adik perempuan

Mar 12, 2024 | 06:40 PM



Abang termuda daripada empat beradik lelaki, yang menganiaya adik perempuan mereka secara seksual selama empat tahun, mengaku bersalah pada 12 Mac atas dua tuduhan merogol yang teruk.

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu adalah yang kedua daripada empat beradik lelaki yang mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi kerana melakukan kesalahan seksual itu terhadap adik mereka.

Dia mengaku melakukan serangan seksual dan merogol mangsa ketika tertuduh berusia 13 hingga 16 tahun.

Enam lagi tuduhan serupa akan diambil dalam pertimbangan apabila dia dijatuhi hukuman.

Mangsa, yang kini berusia 14 tahun, juga mempunyai dua adik perempuan. Dia berusia antara lapan dengan 12 tahun semasa dianiaya oleh abang-abangnya dari 2018 hingga Februari 2022.

Abangnya yang lain kini berusia antara 20 dengan 23 tahun.

Pada masa tertuduh mula menganiaya mangsa secara seksual, dua abangnya yang tertua telah menganiaya mangsa secara seksual sekurang-kurangnya sekali sebelumnya.

Kesnya dibicarakan secara tertutup, yang bermakna ia tidak mendapat liputan media dan tidak dihadiri orang ramai, lapor The Straits Times.


Dokumen mahkamah menyatakan bahawa tertuduh mendakwa dia mempunyai “ketagihan pornografi” dan “memilih” menganiaya mangsa secara seksual, dan bukannya adik perempuan yang lain, kerana dia tahu mangsa mempercayainya dan tidak akan melaporkannya kepada sesiapa.

Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara sembilan hingga 10 tahun dan sebat 24 kali.

Kes itu ditangguhkan selepas hakim meminta laporan untuk menilai sama ada tertuduh sesuai menjalani latihan reformatif.

Latihan reformatif membolehkan pesalah muda ditahan di sebuah pusat sekurang-kurangnya enam bulan untuk menjalani program pemulihan.

Keluarga tersebut tinggal di sebuah flat yang mempunyai tiga bilik tidur – ibu bapa tidur di bilik tidur utama, kesemua anak lelaki berkongsi bilik kedua, manakala anak perempuan berkongsi bilik ketiga.

Ibu bapa tersebut menetapkan peraturan yang menghalang anak lelaki memasuki bilik perempuan, kecuali untuk menyikat rambut mereka kerana tiada cermin dalam bilik lelaki.


Walaupun adanya peraturan itu, tertuduh masuk ke bilik perempuan untuk menganiaya mangsa secara seksual, walaupun semasa adik perempuannya yang lain sedang tidur dalam bilik sama.


Dia juga menganiaya mangsa secara seksual dalam bilik ibu bapa mereka, serta di bilik lelaki.

Selepas setiap serangan seksual, tertuduh akan meminta mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang dia lakukan.

Pada suatu hari pada 2021, ketika dia bersendirian di rumah bersama mangsa, dia mengajaknya ke bilik lelaki dan merogolnya.

Pada 10 Februari 2022, mangsa akhirnya memberitahu pihak berkuasa di sekolahnya mengenai penganiayaan seksual itu.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan polis kemudian dimaklumkan mengenai kes tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >