Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara amal NTUC dan CDC South East sasar bantu 7,000 benefisiari

Oct 21, 2023 | 11:08 PM
WALK FOR RICE+: (Dari kiri) Kumpulan Pengarah Persatuan Rakyat Encik Kia Siang Wei; Penasihat GRO Mountbatten, Encik Lim Biow Chua; Speaker Parlimen dan Penasihat GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng; Mayor South East, Encik Fahmi Aliman; pengerusi Yayasan NTUC FairPrice, Encik Kee Teck Koon dan  Kumpulan CEO Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, Group CEO, FairPrice Group telah melancarkan projek kemasyarakatan gaya hidup sihat.
WALK FOR RICE+: (Dari kiri) Kumpulan Pengarah Persatuan Rakyat Encik Kia Siang Wei; Penasihat GRO Mountbatten, Encik Lim Biow Chua; Speaker Parlimen dan Penasihat GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng; Mayor South East, Encik Fahmi Aliman; pengerusi Yayasan NTUC FairPrice, Encik Kee Teck Koon dan Kumpulan CEO Kumpulan FairPrice, Encik Vipul Chawla, Group CEO, FairPrice Group telah melancarkan projek kemasyarakatan gaya hidup sihat. - Foto Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East

Sebagai tanda semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang luar biasa, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan Yayasan NTUC FairPrice melancarkan edisi ke-15 FairPrice Walk for rice + @ South East di Hab Sukan Singapura pada pagi Sabtu.

Ia dihadiri oleh hampir 2,000 peserta - peningkatan empat kali ganda daripada tahun-tahun sebelumnya.

Projek itu bermatlamat mendapatkan setengah juta mangkuk beras putih dan perang, 50,000 mangkuk oat untuk diagihkan kepada 7,000 benefisiari di daerah South East.

Ia bertujuan mempromosikan gaya hidup aktif dengan tujuan membantu golongan memerlukan dalam insiatif selama 10 minggu hingga 31 Disember 2023.

Mayor CDC South East, Encik Fahmi Aliman, yang turut berjalan kaki dengan penduduk di acara itu berkata:

“Sempena kita meraikan ulangtahun yang ke-15 Fairprice Walk for Rice @ South East, kita mengiktiraf program ini yang sangat dialu-alukan masyarakat dan mereka yang meraih manfaat daripadanya kerana ia menyumbang kepada gaya hidup lebih sihat sambil menjalin hubungan antara penduduk.

“Terutama sekali pada masa kini tatkala inflasi global dan cabaran geopolitik memberi kesan kepada kos pembiayaan hidup, tidak dapat ditekankan lagi peri pentingya inisiatif ini.”

Beliau disertai oleh tetamu terhormat, Speaker Parlimen; Encik Seah Kian Peng, Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Marine Parade, Encik Lim Biow Chuan; Penasihat GRO Mountbatten, Encik Kee Teck Koon; Pengerusi Yayasan NTUC FairPrice dan Encik Vipul Chawla, GCEO, kumpulan FairPrice.

Bagi setiap 300 meter yang peserta jalan atau lari, Yayasan FairPrice akan menderma satu mangkuk beras perang, satu mangkuk beras dan satu mangkuk oat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg