Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Acara iftar himpunkan kumpulan agama, golongan kurang bernasib baik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara iftar himpunkan kumpulan agama, golongan kurang bernasib baik

Mar 18, 2024 | 09:39 PM



Semangat muhibah dirai dan dikongsi antara masyarakat berbilang agama bersama golongan susah dalam satu acara berbuka puasa pada 18 Mac. 

Dinamakan M-Iftar, acara berbuka puasa antara agama itu bertujuan menyediakan ruang bagi masyarakat dan kumpulan agama mendekati benefisiari daripada pelbagai pertubuhan.

Selain berbuka puasa bersama-sama, tetamu – yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, pekerja migran dan penganut pelbagai agama – menghadiri satu dialog mengenai amalan berpuasa yang dipraktikkan dalam setiap agama.

Kira-kira 100 orang menghadiri acara anjuran Dialogue Centre Limited itu.

Ini kali pertama pertubuhan bukan mencari untung itu, yang berusaha memupuk persefahaman dan keharmonian antara agama, mengendalikan acara sedemikian.

Acara itu diusahakan dengan kerjasama Pusat Persefahaman Antara Agama (Cifu) dan Pusat Berbudaya Quan Zhen, dan juga disokong oleh M Hotel. 

Pengasas dan pengarah eksekutif Dialogue Centre Limited, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib, berkata inisiatif sedemikian penting kerana ia menyatukan orang ramai.

“Acara ini bukan hanya mengenai majlis berbuka puasa bersama, tetapi ia juga melibatkan perbualan antara satu sama lain untuk mendalami persefahaman, menepis stereotaip dan memupuk muhibah dalam kalangan warga pelbagai latar belakang. 

“Kita sering melihat kepelbagaian di sekeliling kita tetapi jarang kita mendapat peluang untuk duduk dengan seseorang yang mempunyai kepercayaan berbeza dan belajar antara satu sama lain,” ujarnya.

Sebelum waktu berbuka, tetamu turut menghadiri sesi dialog bertajuk ‘Berpuasa Dalam Tradisi Agama yang Berbeza’ untuk mempelajari dan memahami keperluan berpuasa yang diamalkan dalam setiap agama.

Panel dialog itu terdiri daripada wakil agama seperti penganut Baha’i, Cik Susie Wong; sami Buddha, Venerable Phra Goh Chun Kiang; penganut Hindu, Encik Shukul Raaj Kumar; penganut Yahudi, Encik Yoni Garbourg; dan sami Tao, Encik Chung Kwang Tong.

Encik Garboug, anggota Jemaah Bersatu Ibrani di Singapura, terdorong dan tersentuh hati dengan semangat keterangkuman dan kasih sayang yang dikongsikan oleh tetamu yang hadir.

“Kepelbagaian budaya Singapura sangat mengagumkan, tetapi ia memerlukan usaha komuniti antara agama yang didorong oleh tujuan dan dialog untuk benar-benar menyatukan orang ramai dengan cara yang bermakna.

“Tidak cukup jika kita hanya tinggal berdampingan dengan aman dan tidak mengganggu satu sama lain. Kita harus belajar meraikan satu sama lain dengan cara yang benar-benar menghubungkan kita, seperti M-Iftar malam ini,” kata beliau.

Encik Chung pula berkata: “Sungguh menyayat hati mendengar pengalaman hidup daripada anggota masyarakat yang kurang bernasib baik dan terpinggir.”

Para benefisiari yang diundang termasuk pekerja migran daripada SG Care, pembantu rumah daripada Pertubuhan Kemanusiaan bagi Ekonomi Migrasi (Home), keluarga berpendapatan rendah daripada Pusat Perkhidmatan Keluarga Allkin, dan transjantina yang menerima sokongan sosial daripada T Project dan TransBefrienders.

“Sepanjang segmen dialog, ramai peserta menyuarakan bahawa mereka pertama kali bertemu dengan seorang Yahudi. Ada yang belum berjumpa dengan penganut agama Buddha atau Tao.

“Pertemuan itu bukan sahaja merentas agama, budaya dan kaum; bahkan dengan segmen masyarakat yang berbeza. Ini memaparkan masyarakat yang pelbagai yang kita ada di Singapura dan kepentingan menghargai setiap orang tanpa mengira latar belakang mereka,” tambah Encik Chung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >