Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iftar Utara 2024 beri makan 7,000 individu pelbagai agama

Mar 18, 2024 | 12:52 PM
Sekitar 4,000 individu pelbagai kaum dan agama hadir untuk berbuka puasa bersama pada 17 Mac 2024 semasa acara Iftar Utara 2024 yang diadakan di Taman Sukan Mega Marsiling. Turut hadir ialah Penasihat kumpulan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee (Woodgrove), Cik Hany Soh (tengah, berbaju putih).
Sekitar 4,000 individu pelbagai kaum dan agama hadir untuk berbuka puasa bersama pada 17 Mac 2024 semasa acara Iftar Utara 2024 yang diadakan di Taman Sukan Mega Marsiling. Turut hadir ialah Penasihat kumpulan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee (Woodgrove), Cik Hany Soh (tengah, berbaju putih). - Foto PERSATUAN RAKYAT

Seramai 7,000 individu terlibat dalam acara iftar bersama pada 17 Mac lalu menjadikannya antara acara berbuka puasa terbesar di Singapura.

Mereka terdiri daripada 4,000 individu yang hadir secara fizikal dan 3,000 penduduk di sekitar kawasan Marsiling yang membawa pulang bungkusan makanan yang disediakan. 

Diadakan buat kali keenam pada 2024, Iftar Utara 2024 – Break of Fast @ Marsiling turut menyaksikan orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama berkumpul di Taman Sukan Mega Marsiling bersebelahan Kelab Masyarakat Marsiling untuk berbuka puasa bersama.

Antara perkara istimewa semasa acara yang bertemakan ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’ itu ialah apabila wakil daripada kumpulan agama berbeza datang bersama untuk memanjatkan doa.

Mereka termasuk Pengerusi Eksekutif Masjid An-Nur, Encik Juraiman Rahim; Naib Pengerusi Kuil Shang Di Miao Chai Kong, Encik Toh Kim Choy; wakil daripada New Life Church, Cik Dorothy; Pengerusi Kuil Sri Siva, Encik T Suresh Kumar; dan Setiausaha Agung Kuil Hong Tho Bilw, Encik Ng Kee Chew.

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) yang juga penasihat kumpulan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad, berkata:

“Kita bertuah dihadiri wakil daripada kumpulan agama yang berbeza untuk menyertai majlis ini. Kita akan bersama-sama memanjatkan doa dalam kesatuan rahmat, berfungsi sebagai ungkapan kuat keinginan kolektif untuk keamanan, keharmonian dan persefahaman.”

Encik Zaqy tidak dapat hadir bersama secara fizikal pada acara tersebut kerana berada di luar negara bagi lawatan kerja. Namun, beliau sempat mengirimkan ucapannya itu secara dalam talian melalui video.

Penasihat kumpulan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee (Woodgrove), Cik Hany Soh, yang hadir pada acara buka puasa itu pula menambah:

“Keindahan masyarakat kita terletak pada gabungan pelbagai budaya, kepercayaan dan tradisi yang bersatu walaupun terdapat perbezaan.”

Iftar Utara dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marsiling, Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA) dan Masjid An-Nur.

Selain berbuka puasa, para hadirin juga telah mendengar perkongsian asatizah daripada Masjid An-Nur dan IMSSA.

“Kita bertuah dihadiri wakil daripada kumpulan agama yang berbeza untuk menyertai majlis ini. Kita akan bersama-sama memanjatkan doa dalam kesatuan rahmat, berfungsi sebagai ungkapan kuat keinginan kolektif untuk keamanan, keharmonian dan persefahaman.”
– Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) yang juga penasihat kumpulan Akar Umbi GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamad.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg